Liverpool dan Chelsea jamua sekadar seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang masing masing wajib menang untuk menghidupkan impian ke UCL musim hadapan.

Baca Juga:

Chelsea tampil sebagai pasukan lebih baik pada permulaan perlawanan.

Mereka malah menembusi gawang Liverpool seawal minit ke-2 menerusi Kai Havertz dari jarak dekat selepas bola melantun pada tiang gol.

Namun sayangnya gol itu dibatalkan kerana Havertz terlebih dahulu berada dalam kedudukan ofsaid.

Chelsea berterusan menyerang menerusi beberapa perancangan licik oleh Hakim Ziyech.

Tetapi The Blues tidak ada produk akhir yang lebih berkesan.

The Blues seharusnya di hadapan pada separuh masa pertama apabila Badiashile menanduk bola dalam keadaan hanya ada Alisson di hadapannya, namun Alisson melakukan penyelamatan penting atas garisan.

Separuh masa pertama berakhir 0-0.

Dan bersambung separuh masa kedua, Liverpool memperbaiki rentak permainan mereka dan tampil lebih bertenaga.

Cody Gakpo memiliki peluang untuk menewaskan Kepa, namun penjaga gol Chelsea itu tidak diberikan ancaman sebenar.

Pemain gantian Chelsea Mykhailo Mudryk yang bernilai €100 juta diberikan debut di Anfield. Dia terus melakukan ancaman ke arah gawang Liverpool. Memaksa Alisson berkerja keras menafikannya.

Klopp memasukkan Darwin Nunez untuk menyuntik lebih kekuatan di serangan. Nunez mendapat peluang selepas satu larian dari belakang Thiago Silva.

Namun tidak ada penyudah sekali lagi di dalam kotak penalti. Silva berjaya melengahkan Nunez dan menekan pemain itu sedikit ke tepi untuk mengelak situasi 1 vs 1 dengan Kepar Arrizabalaga.

Chelsea mendapat peluang pada minit akhir menerusi Chuwuemeka, tetapi bola dipintas pada saat saat akhir.

Kedua dua pasukan, Chelsea dan Liverpool kemudian terpaksa berpuas hati dengan seri tanpa jaringan.

Ini bermakna, Chelsea dan Liverpool meneruskan rentak seri tanpa jaringan setiap kali bertemu antara satu sama lain.

Hanya 1 mata dikongsi kedua dua pasukan dalam aksi ini.

Ianya bukan keputusan yang baik untuk dua pasukan ini. Namun mungkin pengurus kedua dua pasukan memikirkan lebih baik seri daripada kalah memandangkan prestasi pasukan masing masing yang tidak menentu.