Liverpool menjamu kunjungan Arsenal di Anfield. Ianya adalah perlawanan yang di atas kertas Arsenal adalah pasukan pilihan berdasarkan prestasi semasa kedua dua pasukan.
Gabriel Martinelli meletakkan Gunners di hadapan seawal minit ke-8 perlawanan.
Ianya adalah gol EPL ke-25 dalam karier Martinelli. Menjadikannya pemain Amerika Selatan paling muda mencapai angka itu, bersama sama Gabriel Jesus.
25 – Gabriel Martinelli's opener was his 25th goal in the Premier League, joining teammate Gabriel Jesus as the only other South American player to reach this tally while 21 or younger. Samba. pic.twitter.com/ecfVNF6TIo
— OptaJoe (@OptaJoe) April 9, 2023
Arsenal terus menunjukkan aksi positif mereka di Anfield. Dan pada minit ke-28, pemain yang banyak bekerja keras, Gabriel Jesus menambah gol kedua buat pasukan pelawat.
Liverpool jelas bergelut untuk mengekang asakan Arsenal. Dan beberapa kali Arsenal berjaya melakukan pressing berkesan.
Separuh masa pertama berakhir dengan Liverpool 0 Arsenal 2. Inilah kali pertama Arsenal mendahului dengan 2 gol di Anfield sejak September 2012. Dan ketika itu mereka menang 2-0.
2 – This is the first time Arsenal have led by two goals in a Premier League game at Anfield since September 2012; the last time they won there in the league (a 2-0 win). Different. pic.twitter.com/1wCaiUtFwm
— OptaJoe (@OptaJoe) April 9, 2023
Sebelum tamat separuh masa pertama Liverpool memperbaiki rentak permainan mereka. Dan mendapat gol pertama menerusi Mohamed Salah pada minit ke-42.
Separuh masa pertama berakhir dengan Liverpool 1 Arsenal 2.
Bersasmbung separuh masa kedua, Liverpool cuba memperbaiki rentak permainan mereka.
Liverpool kemudian berjaya mengawal perlawanan dengan lebih baik. Mereka mendapat sepakan penalti tidak lama selepas itu.
Namun sepakan Mohamed Salah yang rendah telah tersasar. Ianya peluang terbaik yang dilepaskan oleh Liverpool dalam cubaan mereka mahu menyamakan kedudukan.
Arsenal banyak bertahan dan cuba menyerang balas. Arsenal mendapat satu lagi peluang keemasan apabila Martinelli berlari di kiri dan melakukan hantaran lintang yang dihadang Robertson.
Pada minit ke-85, Gabriel Maghalhaes memiliki peluang keemasan apabila menanduk deras hantaran daripada sepakan penjuru Saka. Namun tandukannya terus ke Alisson.
Beberapa minit kemudian, Liverpool menyamakan kedudukan menerusi – siapa lagi kalau bukan – Roberto Firmino pada minit ke-88. Firmino meneruskan rekod cemerlangnya menentang Arsenal.
Liverpool mendapat 3 peluang keemasan pada minit akhir permainan. Namun 2 daripadanya diselamatkan oleh Rasmdale dan 1 percubaan tersasar.
Dengan itu perlawanan Liverpool dan Arsenal di Anfield berakhir 2-2.
Keputusan seri ini bermakna Arsenal 6 mata di atas City. Di mana City masih ada 1 perlawanan di dalam tangan berbanding dengan Arsenal.