Liverpool berjaya bangkit dan tewaskan Bournemouth di Anfield selepas permulaan yang sangat teruk.
Baca Juga:
- RASMI: Liverpool Tandatangani Wataru Endo
- Carragher: Ini Jendela Perpindahan Memalukan Buat Liverpool
- Chelsea vs Liverpool: Aksi Terbuka Berakhir Seri 1-1
Di mana Trent Alexander Arnold melakukan kesilapan yang memberikan peluang kepada lawan mendahului seawal minit ke-3 lagi menerusi Antoine Semenyo.
Liverpool memberikan respon segera. Namun mereka beberapa kali hampir bolos lagi. Alisson hampir dihukum dan muju dia sempat menghalang pemain lawan daripada melakukan percubaan.
Liverpool kemudian menyamakan kedudukan menerusi Luis Diaz pada minit ke-27, selepas dia menerima hantaran di hadapan penjaga gol.
Liverpool meningkatkan ancaman mereka menerusi Mo Salah dan juga Trent Alexander Arnold yang naik ke atas.
Pada babak akhir separuh masa pertama, Liverpool dihadiahkan sepakan penalti. Mohamed Salah mengambil sepakan tersebut.’
Awalnya bola tidak masuk namun penyerang Mesir itu memastikan bola masuk pada tindakan susulannya.
Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2-1.
Bersambung babak kedua, Bournemouth kelihatan memiliki kelebihan yang mereka mahukan. Apabila Alexis MacAllister dibuang padang.
Namun sebenarnya Liverpool yang menambah gol menerusi Diogo Jota untuk memberikan kelebihan 2 gol buat 10 pemain Liverpool.
Bournemouth melakukan beberapa percubaan namun Alisson dan juga Konate memastikan peluang keemasan lawan tidak masuk.
Tamat perlawanan Liverpool tewaskan Bournemouth 3-1 di Anfield. Ianya selepas aksi seri di Stamford Bridge pada aksi pembukaan.
Three goals and three points at Anfield 🙌#LIVBOU pic.twitter.com/RpctsUZiJu
— Liverpool FC (@LFC) August 19, 2023
Hari ini juga merupakan debut untuk pemain Jepun, Wataru Emdo yang masuk pada separuh masa kedua.
Didn't put a foot wrong when he came on, nice little debut from Wataru Endo 🇯🇵 #LFC pic.twitter.com/M80iayqOYk
— Anything Liverpool (@AnythingLFC_) August 19, 2023