Dalam satu kemaskini oleh South China Morning Post, mereka telah mendedahkan fasiliti baharu yang dimiliki oleh Hong Kong FA bernilai sekitar USD25.5 juta atau RM105 juta.
Fasiliti tersebut adalah termasuk lokasi ibu pejabat baharu Hong Kong FA serta fasiliti latihan yang akan digunakan oleh skuad kebangsaan lelaki dan juga wanita.
Lapangan baharu itu juga difahamkan memiliki keseluruhan 6 buah padang bola sepak (3 padang rumput asli, 3 padang sintetik), gimnasium serta pelbagai lagi fasiliti bagi kegunaan latihan skuad kebangsaan mereka.
This is the Hong Kong Football Association’s new headquarters. The HK$200 million base has six pitches and world-class training facilities. pic.twitter.com/kvXDFi6Qka
— South China Morning Post (@SCMPNews) June 4, 2019
Peta dibawah menunjukkan bagaimana susun atur pusat latihan Hong Kong FA dikawasan Tseung Kwan O South Waterfront Promenade.
Berikut adalah beberapa gambar dari ‘aerial view’ yang menunjukkan fasiliti lain yang disediakan kepada pemain. Gambar adalah ketika proses pembinaan masih dilakukan.
Gambar daro perspektif lain yang menunjukkan beberapa kemudahan yang disediakan untuk pemain-pemain serta staf di pusat latihan.
Ini adalah gambaran ketika 3 buah padang sintetik dan 1 padang futsal masih dalam pembinaan.
Dan setiap padang bola sepak yang ada di pusat latihan ini juga dilengkapi dengan lampu limpah yang bersesuaian untuk menjamin sesi latihan dapat dilakukan tanpa sebarang gangguan.
Hasilnya, ketika sesi latihan dilakukan semua dapat menikmati satu kemudahan yang terbaik dan membolehkan mereka fokus kepada konten latihan tanpa perlu risau kepada perkara lain.
Selamat maju jaya Hong Kong FA!