Dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super berterusan apabila membelasah pencabar terdekat, Sabah 4-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.
Baca Juga:
- JDT Mahu Cipta Sejarah Dominasi Liga Super Selama Sedekad
- Arif Aiman Dan Endrick Sudah Sembuh, Kembali Beraksi Malam ini
- TMJ: “Ada Tak Yang Naik Main Untuk Pasukan Wanita JDT?”
Skuad Harimau Selatan itu kembali diperkuatkan oleh dua tonggak utama, Arif Aiman dan Endrick Dos Santos yang disisihkan akibat kecederaan ketika berada dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan.
JDT bermula dengan garang dan langsung tidak memberi peluang kepada Sabah untuk mengatur serangan.
Pada minit ke 20, Arif Aiman menjaringkan gol pembukaan apabila memperdayakan benteng pertahanan pelawat lalu melepaskan rembatan dalam kawasan kotak penalti.
Ini adalah jaringan keempat beliau dan merupakan satu-satunya pemain tempatan yang berada dalam senarai penjaring terbanyak Liga Super musim ini.
Sabah cuba bangkit mencari jaringan penyamaan namun mereka sukar menembusi benteng pertahanan JDT yang beraksi dengan cukup berdisiplin.
Pada minit ke 39, Stadium Sultan Ibrahim kembali bergema dengan sorakan ribuan penyokong Harimau Selatan apabila Juan Muniz merembat masuk gol lencongan cantik dari luar kotak penalti yang mudah menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi.
Tidak banyak percubaan berbahaya dilakukan oleh Sabah dan keputusan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua, perlawanan menjadi lebih seimbang dengan Sabah memiliki dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun berdepan masalah ketumpulan penyudah.
Bagaimanapun, JDT terbukti lebih baik dari segi taktikal dan hasilnya mereka berjaya menambah gol ketiga menerusi rembatan Syahmi Safari pada minit ke 81 hasil hantaran daripada Arif Aiman.
GOALL!!! Syahmi Safari records his name on the scoresheet#JDTvSAB#LigaSuper2023#WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/LK50jifRL1
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 31, 2023
Satu minit sebelum tamat perlawanan, giliran Fernando Forestieri pula mencetak nama sebagai penjaring gol dan kini menghuni kedudukan teratas dalam senarai penjaring terbanyak Liga Super dengan jumlah 6 gol.
Keputusan penuh 4-0 ini menyaksikan JDT kekal berada di takhta liga dengan 18 mata maksimum dengan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 6 perlawanan. Mereka dijangka tidak mempunyai masalah untuk mengutip 3 mata dalam dua perlawanan yang seterusnya menentang Perak dan Kedah.