Ketika pasukan lain sudah pun melengkapkan kuota pemain import mereka dan menjalani latihan pra musim di luar negara, naib juara Liga Super 2019, Pahang adalah antara pasukan yang masih misteri dari segi persiapan menghadapi musim baharu.

Ketika ini skuad Tok Gajah telah membawa masuk dua pemain import baharu iaitu pemain kebangsaan Filipina, Adam Reed dan penyerang dari Brazil, Ivan Carlos selain mengekalkan tonggak import musim lalu, Herold Goulon.

Malah, beberapa pemain dari JDT 2 dilaporkan bakal dipinjamkan ke pasukan tersebut namun sehingga kini masih tiada kelibat mereka dalam sesi latihan skuad kendalian Dollah Salleh.

“Anda fikir kami senyap, tetapi itu tidak berlaku.

“Persiapan awal kini sedang berjalan. Pemain muda kami dari skuad Piala Presiden sudah mula memahami gaya permainan kami.

“Selain itu, kami juga masih mempunyai pemain utama seperti Matt (Matthew Davies), Mo (Mohamadou Sumareh) dan Nor Azam (Azih) dalam pasukan. Jadi, tidak ada sebab untuk merasa bimbang, “kata pengendali Pahang, Dollah Salleh dalam News Strait Times.

82414307_2823816767678999_7709374074782220288_o
FOTO: Pahang FA

Mengulas lanjut mengenai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020, Dollah kini sedang mencari dua lagi pemain import untuk membentuk pasukan yang lebih mantap.

“Dua pemain import telah menyertai kami dalam sesi latihan semalam. Kami akan melengkapkan pasukan pada minggu depan. Untuk dua lagi slot pemain import, kami sedang menilai beberapa pemain sebelum membuat keputusan.

“Selepas memuktamadkan senarai pemain, barulah kami akan umumkan sasaran untuk musim baharu ini,” jelasnya.

Pahang sebelum ini menewaskan kelab amatur, Ultimate FC (4-1) dan UiTM FC (3-1) dalam perlawanan persahabatan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Pahang melalui pautan dibawah.

Pemain Skuad Piala Asia Filipina Perkuatkan Jentera Tengah Pahang?

Laman Twitter Rasmi Digodam, Media Pahang FA Buat Laporan Kepada Pihak Berkuasa

 

Sumber