Liga Jepun / J-League menunjukkan keprihatinan mereka kepada mangsa gempa bumi di Turki dan Syria.

Beberapa minggu lalu, satu gempa bumi yang dahsyat melanda Turki dan Syria. Tragedi itu dilaporkan mengorbankan puluhan ribu nyawa.

Paling teruk terjejas adalah Turki. Di mana angka korban lebih 31,000 daripada kira kira 35,000 yang dilaporkan.

Gempa bumi pada skla 7.8 magnitud disusuli dengan satu lagi gempa dengan skala 7.5 magnitud.

DW melaporkan bahawa, kira kira 1.2 juta rakyat Turki kini kehilangan tempat tinggal.

Masyarakat dunia menzahirkan rasa simpati dan memberikan kata kata semangat.

Ramai pihak menghantar bantuan dan juga menjadi sukarelawan untuk membantu kedua dua negara yang terjejas.

Di lapangan bola sepak, ramai pemain dan tokoh bola sepak turut menyumbang kepada tabung bencana. Mesut Ozil antara nama yang aktif melibatkan diri dalam usaha menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

Di Asia, Liga J Jepun telah mengambil inisiatif mengutip derma daripada peminat bola sepak di negara tersebut.

Hasilnya, mereka berjaya meraih sumbangan kira kira ¥1.1 juta bersamaan dengan sekitar RM36,242 daripada tabung bencana tersebut.

Sumbangan itu disampaikan kepada pasukan Palang Merah Jepun yang membantu dalam kerja kerja sukarelawan di negara yang terjejas.

Sementara itu, pihak Liga Jepun sendiri menambah sekitar RM174,000 lagi dan angka itu akan dibahagikan sama rata kepada Turki dan Syria bagi membantu usaha pemulihan selepas bencana gempa bumi.

Itu menjadikan keseluruhan bantuan dari segi derma itu kira kira RM210,000.00. Ianya diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak negara masing masing.