Seorang pundit, Mark Strafford mendedahkan kisah bookie menggunakan nama Malaysia untuk mengatur perlawanan dengan LA Galaxy.
Baca Juga:
- TERKINI: Ivan Toney Didakwa Terlibat 232 Pertaruhan Bola Sepak
- Enggan Bersekongkol Syarikat Judi, Mbappe Tolak Sesi Bergambar Dengan Pasukan Perancis
- ‘Tahi Judi’ Ini Bengang Malaysia Menang Besar, Dakwa Laos Jual Perlawanan Di Singapura
Kisah tersebut dikongsikan dalam satu podcast What A Lad.
Mengatur perlawanan adalah perkara yang sangat dilarang dalam bola sepak. Namun kisah kali ini, bukan sahaja mengatur keputusan perlawanan tetapi turut mengatur aksi perlawanan melibatkan pasukan tiruan.
Seorang bookie telah menggunakan nama Harimau Malaya untuk mengatur perlawanan dengan LA Galaxy.
Mark Stafford berkata: “Ianya pasukan bola sepak kebangsan Malaysia, menghubungi LA Galaxy untuk perlawanan persahabatan, aksi pemanas badan menjelang Piala Asia.”
LA Galaxy setuju dengan tawaran tersebut dan perlawanan pun ditetapkan.
Mark menambah: “Mereka menghantar surat dan menghubungi LA Galaxy. Mereka menyatakan bahawa mereka akan menanggung kos untuk menyewa stadium di LA. Membayar gaji pemain kamu [LA Galaxy]. Dan kita akan mengadakan perlawanan ini untuk membantu pasukan Malaysia bagi aksi pemanas badan.”
Kemudian pihak LA Galaxy menerima pelawaan itu dan akhirnya menetapkan perlawanan di antara LA Galaxy bertemu dengan pasukan Harimau Malaya.
Kedua dua pihak bertemu dan menandatangani persetujuan untuk perlawanan tersebut.
Mark meneruskan: “Dua bulan selepas itu, pasukan kebangsaan Malaysia bertandang untuk menentang LA Galaxy. Dan LA Galaxy menang 4-1. Selepas itu pasukan Malaysia pun balik.”
Selepas itu, mereka baru tahu rupa rupanya yang datang berlawana dengan LA Galaxy bukan pasukan Malaysia. Tetapi pemain yang dikutip oleh bookie dan menggunakan nama Malaysia.
Mark menambah: “Kemudian, kebenaran terbongkar, rupa rupanya itu bukan pasukan kebangsaan Malaysia yang bermain hari itu. Ianya cuma seorang pengatur perlawanan yang membuat surat dengan kepala surat palsu, dan membawa sekumpulan pemain mereka.”
“Mereka kemudian menyarung jersi tiruan pasukan Malaysia. Bawa pasukan ini datang ke LA. Dan perlu ada 5 gol [terkumpul] dalam perlawanan ini.”
“Mereka meletakkan pertaruhan di pasaran gelap dengan pertaruhan 5 atau lebih gol.”
“Hasil pertaruhan ini lebih daripada cukup untuk menanggung semua kos dan segalanya. Kerana dia [bookie] berjaya menjana jutaan dollar daripadanya.”
https://www.instagram.com/tv/ClC-CtqJHoS/?utm_source=ig_web_copy_link