Sepakan percuma Kevin De Bruyne telah mematahkan tentangan yang kuat dan degil daripada Leicester City di Stadium King Power ke atas Manchester City.
Pengurus Foxes, Brendan Rodgers dengan jelas sekali telah mengatur pasukannya untuk melakukan tugas mengekang juara bertahan itu dengan sistem permainan yang sangat defensif dan pasif.
Para pemain Leicester bekerja keras bertahan dengan 10 dan 11 pemain di belakang bola.
Sepakan percuma De Bruyne yang memukau
Namun pada separuh masa kedua De Bruyne melencongkan rembatan sepakan percuma hebat ke penjuru atas dari luar kotak penalti.
Gol De Bruyne adalah ganjaran yang selayaknya untuk Manchester City selepas penguasaan yang berterusan, walaupun mereka terlepas sentuhan maut daripada Erling Haaland.
Haaland tidak dapat diturunkan pada aksi kali ini kerana kecederaan di kakinya. Manchester City pastinya benar benar merindui sentuhan berbisa penyerang antarabangsa Norway itu.
City di punca, Leicester terus sukar
Kemenangan ini membolehkan City kini memimpin carta liga memintas The Gunners.
Namun Arsenal boleh kembali ke tangga teratas dengan kemenangan menentang Nottingham Forest di Stadium Emirates pada hari Ahad.
Selepas tamat perlawanan Kevin De Bruyne lega kerana sepakan percumanya memberikan mereka 3 mata. Walaupun dia mengakui City tidak beraksi di prestasi terbaik hari ini.
Ditambah dengan hakikat bahawa Leicester bermain sangat negatif dalam perlawanan ini. Maka De Bruyne menganggap perlawanan ini sangat sulit dan sukar.
Kekalahan ini merupakan kekalahan keenam ditelan oleh Leicester setakat ini dalam kempen Liga Perdana Inggeris 2022/23.
Tiada apa yang mereka dapat lakukan untuk mengekang sepakan percuma tersebut daripada menerjah gawang.
Skuad kendalian Brendan Rodgers itu benar benar dalam masalah besar pada ketika ini. Kerana mereka perlu berusaha lebih kuat lagi untuk menjauhi zon penyingkiran.