Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencuri tumpuan peminat badminton tempatan apabila meraikan kemenangannya ke atas pemain India, Srikandth Kidambi dengan gaya ‘siuuuu’ ketika saingan Piala Sudirman 2023 semalam.
Baca Juga:
- Pengarah Al Nassr: “Bayar €200 Juta, Ronaldo Cuma Pandai Jerit Siuuu Saja Ke?”
- Lee Zii Jia: Saya Akan Terus Bersabar & Nikmati Proses Ini
- Peguam Arab Saudi Mahu Kerajaan Usir Ronaldo Kerana Ramas Kemaluan Di Khalayak Ramai
Umum mengetahui gaya tersebut merupakan aksi ikonik milik pemain bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo dan ia juga menjadi ikutan barisan pemain badminton negara.
Ketika ditanya oleh pihak media, Lee Zii Jia mengakui beliau menjadikan Ronaldo sebagai idolanya dan meminati kelab Manchester United.
Walaupun berbeza dalam bidang sukan, Lee Zii Jia mengambil inspirasi daripada semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh Ronaldo.
“Dia (Ronaldo) adalah idola saya sejak saya menyokong Manchester United. Tak kira dia pindah ke Real Madrid, Juventus balik Ke Manchester dan kemudiannya berpindah ke kelab lain saya tetap menghormatinya kerana dia adalah pemain bola sepak legenda.
“Semangat yang ditunjukkan (Ronaldo) membuatkan saya terinspirasi dengan dirinya,” kata Zii Jia.
🇲🇾Why LEE Zii Jia use this way to celebrate:
"I think it's a celebration, and for #CristianoRonaldo as well. He's my idol."🤩🤩#Malaysia #badminton #BadmintonMalaysia #Suzhou2023 #李梓嘉 @theone_xyz pic.twitter.com/xWFdEd36Qf— CGTN Sports Scene (@CGTNSportsScene) May 15, 2023
Lee Zii Jia yang berada di ranking nombor 8 dunia mencatat kemenangan 21-16, 21-11 ke atas Srikanth sekali gus membantu Malaysia menundukkan India 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan C dan mengesahkan tiket awal ke suku akhir.
Ia sekali gus turut menebus kekecewaan skuad negara yang tewas bertemu lawan sama di peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Bercampuran Asia pada Februari lalu.
Mata pertama kem negara dihadiahkan oleh pasangan beregu campuran, Gooh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang menundukkan Dhruv Kapila-Ashwini Ponnappa 21-16, 21-17.
Ketika Goh Jin Wei dilihat tidak diberikan harapan yang besar untuk mendapatkan mata, beliau mempamerkan permainan meyakinkan untuk menewaskan pemain nombor 12 dunia, Pusarla V. Sindhu.
Ben Beckman pays tribute to 🇲🇾 Goh Jin Wei's warrior-like display yesterday. 🔥#SudirmanCupFinals #Suzhou2023 pic.twitter.com/Adaaz9aSBt
— BWF (@bwfmedia) May 16, 2023
Tewas 12-21 pada set pertama, anak kelahiran Bukit Mertajam itu tampil lebih baik dan bertenaga sehingga memaksa Sindhu melakukan kesilapan demi kesilapan.
Keadaan itu jelas memihak kepadanya sehingga berjaya menjarakkan mata dengan cukup jauh dan menang dengan 21-10.
Keadaan hampir serupa berlaku di set penentuan apabila Jin Wei meninggalkan lawan tersebut 11-2 pada rehat ‘interval’. Namun, Sindhu bagaikan tersentak daripada lamunan untuk bangkit mengejar mata 19-19.
Enggan melihat lawan tersebut meleburkan impiannya, Jin Wei tidak melepaskan peluang untuk menamatkan permainan 22-20 sekali gus memastikan kemenangan buat Malaysia.
Ia juga merupakan kemenangan sulung buat Jin Wei ke atas lawan tersebut dimana empat pertemuan terdahulu memihak pemain nombor satu India tersebut.
Oleh kerana saingan Piala Sudirman 2023 masih dalam peringkat kumpulan, ini bermakna Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Pearly Tan-M. Thinaah masih perlu turun beraksi meskipun Malaysia sudah mendahului 3-0.