Ghana berjaya meraih kemenangan pertama dalam temasya Piala Dunia 2022 selepas menewaskan wakil dari rantau Asia, Korea Selatan dengan keputusan 3-2 pada aksi saingan kumpulan H hari ini.
Baca Juga:
- Uruguay vs Korea Selatan: Tigers Of Asia Catat Keputusan Seri
- Portugal vs Ghana: Rekod Jaringan Ronaldo Hiasi Kemenangan Selecao Das Quinas
- Argentina vs Arab Saudi: Putera Mahkota, Mohammed bin Salman Hadiahkan Rolls Royce Phantom Kepada Setiap Pemain
Meskipun Korea tampil garang pada mulanya, namun Ghana berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua menerusi Mohammed Salisu pada minit ke-24 dan Mohammed Kudus pada minit ke-34.
Salisu menanduk masuk bola hasil daripada hantaran Jordan Ayew dimana pemain Korea gagal mengeluarkan bola dari kawasan penalti. Kudus juga menjaringkan gol menerusi tandukan dimana beliau menyempurnakan hantaran Jordan Ayew. Separuh masa pertama tamat dengan Ghana di hadapan.
Memasuki separuh masa kedua, Korea menghandakan usaha untuk mencari gol penyamaan dan usaha mereka berjaya apabila Cho Gue-sung menanduk masuk bola hasil daripada hantaran Lee Kang-in pada minit ke-58.
Tiga minit kemudian, Gue-sung menjaringkan gol kedua dimana kali ini beliau menanduk masuk bola hasil hantaran daripada Kim Jin-su di sebelah kiri.
Ketika Korea Selatan sedang giat melancarkan serangan ke atas kubu pertahanan lawan, Kudus menjadi wira Ghana apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-68.
Korea terus menekan Ghana dimana mereka meletakkan lebih ramai pemain dikawasan lawan dan membuat percubaan namun barisan pertahanan Ghana kental bertahan dan keputusan 3-2 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan memberikan tiga mata kepada pasukan dari Afrika itu.
Skuad kendalian Otto Addo mencatat sejarah apabila menjaringkan tiga gol buat kali pertama dalam perlawanan temasya Piala Dunia.