Komuniti bola sepak Asia menyambut baik kehadiran semula pemain tengah, Brendan Gan dalam skuad Harimau Malaya apabila pemain itu bakal beraksi dalam kejohanan empat penjuru iaitu Piala Raja Thai 2022 yang akan berlangsung di Chiang Mai pada 22 hingga 25 September ini.
Baca Juga:
- Brendan Gan Kembali Dipanggil Sertai Latihan Skuad Kebangsaan
- Kim Pan-gon Lantik Safawi Rasid Sebagai Salah Seorang Kapten Skuad Kebangsaan
- Mahu Selaras Dengan Skuad Senior, FAM Bincang Dengan Kim Pan-gon Berhubung Pengganti Maloney
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menyenaraikan Brendan bagi menghadapi saingan Piala Raja Thai sekaligus pemain itu kembali beraksi bersama pasukan kebangsaan buat kali pertama sejak 2019, lebih tepatnya ketika saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Akaun media sosial rasmi temasya Piala Asia memuat naik gambar Brendan di Twitter dimana mereka teruja melihat pemain itu kembali beraksi setelah pulih daripada kanser testis yang dialami tahun lalu.
🫡 𝐀 𝐭𝐫𝐮𝐞 𝐢𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧!
💪 Brendan Gan defeats cancer to return for @FAM_Malaysia 🇲🇾
🙌 Keep going champ!#AsianCup | #MondayMotivation | @brendan_gan pic.twitter.com/ISEu7HDdiL
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) September 19, 2022
Sebuah lagi media iaitu The Asian Games di laman media sosial Twitter turut menyambut baik kehadiran semula Brendan Gan dimana mereka berpendapat ini merupakan kisah bola sepak terbaik di Asia dan mereka juga menganggap kisah pemain berusia 33 tahun itu wajar untuk dijadikan sebagai inspirasi.
🥲 It's one of the best stories in #AsianFootball this year.
After recovering from a cancer and 4⃣5⃣3⃣ days after his last national team appearance, @brendan_gan has been recalled to 🇲🇾 @FAM_Malaysia.
💪 A legend and an inspiration! pic.twitter.com/tDUUDInzyx
— The Asian Game (@TheAsianGame) September 13, 2022
Brendan dan pemain lain telah berlepas ke Chiang Mai untuk berdepan tuan rumah, Thailand bagi hari perlawanan pertama pada Khamis, 22 September 2022, jam 8.30 malam (9.30 malam waktu Malaysia) di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai. Satu lagi perlawanan menemukan Trinidad & Tobago dan Tajikistan akan berlangsung di stadium sama, jam 5.30 petang (6.30 petang waktu Malaysia).
Seterusnya bagi hari perlawanan kedua di venue yang sama pada Ahad, 25 September 2022, kedua-dua pasukan yang kalah perlawanan pertama akan beraksi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada jam 5.30 petang (6.30 petang waktu Malaysia). Manakala, dua pasukan yang menang perlawanan pertama akan bertemu di pada aksi final jam 8.30 malam (9.30 malam waktu Malaysia).
Kim Pan-gon menggunakan peluang ini sebagai medan persediaan untuk pasukan negara sebelum beraksi dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric pada Disember nanti.