Pemain muda kacukan negara, Kobe Chong dikhabarkan telah memperoleh kontrak profesional pertama dimana beliau menyertai kelab yang beraksi dalam saingan EFL Championship, Peterborough United.
Perkara ini dikongsikan oleh ejen Kobe iaitu Rock Sport Management dimana pemain itu dilihat mengambil gambar bersama jersi Peterborough di tempat latihan kelab tersebut.
Kobe Jae Chong has seemingly joined English Championship side Peterborough United. pic.twitter.com/uzD5P07hSb
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) August 24, 2021
Menurut perkongsian Harimau Abroad, tinjauan di laman Transfermarkt menunjukkan Kobe menandatangani kontrak selama setahun yang akan tamat pada 30 Jun 2022 dan beliau mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak selama setahun lagi sekiranya menampilkan prestasi terbaik.
Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini menyertai sesi percubaan bersama beberapa kelab seperti Brentford dan hampir menyertai kelab yang baru dipromosikan ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Namun, atas beberapa sebab, perjanjian antara kedua pihak tidak dapat diselesaikan sekaligus memaksa Kobe untuk menyertai sesi ujian bersama kelab lain.
Masih belum pasti sama ada Kobe akan beraksi bersama skuad B-23 tahun ataupun bersama pasukan senior. Besar kemungkinan pemain itu akan diletakkan dalam skuad pembangunan memandangkan pernah beraksi bersama West Bromwich Albion dan Cagliari.
Kobe Chong turut terbuka untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya dimana beliau mempunyai pilihan untuk beraksi bersama Malaysia melalui ibunya yang berasal dari Perak.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain muda negara di sini:
Pemain Muda Pulau Pinang Dapat Tawaran Sertai Kelab Croatia, NK Prečko Zagreb
Pemain B-19 Tahun Kelab Divisyen Lima Jerman Bakal Perkuatkan Skuad B-20 Tahun Negara
Kelayakan AFC B-23: 8 Pemain Yang Boleh Dipanggil Sertai Skuad B-20 Tahun