Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata dia berasa simpati dengan Chelsea yang sedang melalui musim mengecewakan.
Baca Juga:
- Lalui Kempen Suram, Klopp Mahu Berbelanja Hadapi Musim Baharu
- Chelsea vs Brentford: Skuad Lampard Alami Kekalahan Kelima ‘Straight’
- Liverpool vs Tottenham: Jota Jaringkan Gol Kemenangan Dramatik
Namun pada masa yang sama Klopp menyatakan ‘bagus juga melihat bahawa pelaburan besar mereka tidak menjamin hasil yang positif.’
Kelab itu telah membeli 18 pemain sejak pemilik bersama Todd Boehly mengambil alih musim panas lalu, termasuk pembelian yang memecahkan rekod kelab England iaitu pemain tengah Enzo Fernandez pada Januari dengan harga €121 juta.
Bagaimanapun, mereka bergelut untuk membina sebarang momentum sepanjang musim ini dan menduduki tangga ke-12 dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Dengan lima kekalahan daripada lima perlawanan di bawah bos sementara Frank Lampard, Chelsea benar benar dalam masalah untuk ke Eropah walaupun ke slot UECL.
Klopp berkata hierarki Chelsea “meremehkan” tugas pengurus Thomas Tuchel dan Graham Potter, sambil menambah bahawa pelaburan besar tidak menjamin kejayaan.
Todd Boehly dilaporkan terlibat dan campur tangan dalam rekrut pemain. Kerana dia sendiri merupakan ketua rekrut di Chelsea ketika ini.
Pada satu sudut, Klopp simpati dengan Chelsea di atas apa yang berlalu.
Dan sudut satu lagi, sebagai seorang pengurus, dia gembira kerana dia mahu pemilik kelab seperti Todd Boehly sedar bahawa, mereka tidak boleh campur tangan dan memandang rendah tugas seorang pengurus.
“Saya jujur berkata, saya rasa sedikit simpati untuk Chelsea kerana ia tidak berjalan lancar,” katanya kepada Sky Sports.
“Saya fikir mereka adalah pasukan teratas, tetapi di sisi lain adalah baik untuk melihat bahawa kamu tidak boleh hanya membawa pemain terbaik bersama sama dan fikir ia berjaya.”
“Anda perlu membina pasukan dan itulah yang dipandang remeh oleh mereka yang ada di sana dan memberi jurulatih mereka tugas yang hampir mustahil untuk dilakukan.”
Klopp mengulas laporan tentang bilik persalinan Chelsea tidak dapat menampung skuad terlalu besar.
Malah terdapat laporan menyatakan pemain pemain bintang mereka terpaksa berlatih dalam dua sesi berbeza kerana skuad terlalu besar.
🗣️"I feel a little bit for Chelsea but it’s also good to see that you can’t just bring top players together and it works out. You cannot have two dressing rooms. You have to create relationships."
Jurgen Klopp on Chelsea 🔵 #CFC pic.twitter.com/kArzjTAYSr
— Football Talk (@FootballTalkHQ) April 30, 2023
Namun Klopp menegaskan, di sebalik semua itu, dia gembira melihatnya, kerana dia sentiasa percaya, skuad yang terlalu besar dan melimpah ruah dengan bintang tidak menjamin sesebuah pasukan itu membentuk pasukan yang bagus.
Klopp bagaimanapun yakin pasukan Chelsea akan menjadi kuat pada musim akan datang. Kerana ketika ini pasukan itu terpaksa bermula dari bawah sekali lagi iaitu proses pembentukan pasukan.
“Kamu tidak boleh mempunyai dua bilik persalinan, kamu tidak boleh berlatih di atas dua padang, kamu perlu mewujudkan hubungan, kamu perlu mencipta pasukan, semangat, dan perjalanan itulah sebabnya saya sedikit gembira mengenainya.”
Jurgen Klopp is happy things haven't worked at Chelsea 👀 pic.twitter.com/9H6MRh5Tga
— ESPN UK (@ESPNUK) April 30, 2023
“Chelsea akan baik-baik saja pada akhirnya dan mereka akan menjadi sangat kuat tahun depan, tetapi saya menggunakan mereka sebagai contoh. ”
“Di peringkat tertinggi, tidak boleh, kami tidak boleh melakukannya seperti itu.”
“Dan itulah yang kami tidak akan lakukan. Kamu perlu membawa masuk pemain yang betul dan membina pasukan baharu. Pasukan ini menulis cerita sensasi dan kini kami memulakan yang baharu, itu sahaja.”