Kejayaan skuad Kuala Lumpur City (KL City) mara ke final Piala AFC 2022 selepas menewaskan Kelab Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh menerusi penentuan penalti 5-3 semalam telah mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.
Baca Juga:
- Bojan Hodak Masih Tak Percaya KL City Berjaya Ke Final Piala AFC
- KL City vs Sogdiana: Skuad Warga Kota Mara Ke Final Piala AFC
- Datuk K.Rajagobal Ucap Tahniah Kepada KL City
- KL City Lakar Sejarah Mara Ke Final Antara Zon Piala AFC 2022
Hasil kemenangan ini bermakna KL City akan bertemu kelab dari Oman, Al Seeb di perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang bakal berlangsung pada 22 Oktober ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Mereka berpeluang mencipta satu lagi sejarah sebagai kelab kedua dari Malaysia menjuarai Piala AFC selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) yang pernah melakukannya pada tahun 2015.
Lebih menarik, KL City juga bakal dapat slot ke pusingan Kelayakan AFC Champions League (ACL) 2023 jika mereka muncul sebagai juara Piala AFC 2022.
Menurut article 3.6 dalam buku peraturan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pemenang Piala AFC (AFC Cup) akan diberi satu slot ke pusingan kelayakan ACL walaupun mereka tidak layak menerusi kejuaraan Liga Domestik.
Berdasarkan kedudukan terkini Liga Super 2022, KL City berada di tangga kelima dengan 29 mata selepas mengharungi 20 perlawanan.
Bagaimanapun, KL City tidak akan beraksi dalam saingan AFC Cup musim depan jika mereka tewas dalam pusingan Kelayakan ACL.
Ini kerana slot 1+2 masih dikekalkan untuk musim depan iaitu 1 slot automatik ke peringkat kumpulan ACL (Juara Liga Super) dan 2 slot automatik ke AFC Cup (Naib Juara Liga Super & Juara Piala FA)
Memandangkan JDT telah dinobatkan sebagai Juara Piala FA serta Juara Liga Super 2022, maka dua slot AFC Cup 2023 akan diberikan kepada pasukan tempat kedua dan ketiga Liga Super 2022.
Manakala Harimau Selatan bakal membuat penampilan kali keempat di peringkat kumpulan ACL 2023. Malaysia mungkin akan mempunyai 2 wakil dalam saingan ACL 2023 jika KL City cipta kejutan berjaya melepasi peringkat kelayakan.