Lagenda bola sepak Jepun, Kazuyoshi ‘King’ Miura hari ini disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad Yokohama FC yang turun menentang pendahulu J1 League 2020, Kawasaki Frontale di tempat lawan.

Apa yang menarik perhatian ramai peminat bola sepak sebenarnya adalah mengenai rekod yang dipecahkan oleh Kazu dalam saingan bola sepak divisyen utama Jepun dimana sebelum ini dipegang oleh Masashi ‘Gon’ Nakayama pada usia 43 tahun 2 bulan 1 hari.

Dengan tersenarai dalam kesebelasan utama pada usia 53 tahun 6 bulan dan 28 hari, menjadikan King Kazu memegang status selaku pemain paling tua pernah beraksi dalam saingan J1 League, selepas kali terakhir turun dalam aksi divisyen 1 pada 1 Disember 2007 berdepan Urawa Reds.

EilbVqFX0AAk8mX

Bersama King Kazu, turut berada dalam senarai kesebelasan utama adalah Shunsuke Nakamura (42 tahun) dan Daisuke Matsui (39 tahun) yang menjadikan purata kesebelasan utama Yokohama FC hari ini adalah 31.9 tahun.

Sekiranya King Kazu menjaringkan gol dalam perlawanan bertemu Kawasaki Frontale hari ini, beliau akan memecahkan rekod sebagai penjaring gol paling tua dalam saingan tertinggi liga bola sepak Jepun yang dipegang oleh lagenda bola sepak Brazil, Zico pada usia 41 tahun 3 bulan dan 1 hari akan turut menjadi miliknya.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Mario Gomez Rindu Melatih Pasukan Liga Malaysia, Minat Untuk Bersama Selangor Jika Ada Tawaran

Safawi Rasid Dan Jafar Salmani Untuk Perancangan Jangka Masa Panjang, Perlu Masa Untuk Adaptasi ‘Dunia Baru’

FAM Beri Kronologi Kes Sumareh Tepis Tuduhan Pahang, PBNP Patut Bertanggungjawab Elak Klausa 8.7 Diaktifkan