Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon berpendapat Malaysia sepatutnya berada dalam kelompok ranking 120 dunia setaraf dengan Thailand dan Tajikistan.
Baca Juga:
- King’s Cup 2022: Kecemerlangan Syihan Hiasi Kejayaan Harimau Malaya Benam Thailand
- Analisis Taktikal: Sistem Sayap Malaysia Dikunci, Tajikistan Berkelebihan Aspek Duel
- Penduduk Chiang Mai Teruja Sambut Ketibaan Skuad Harimau Malaya
- Analisis: Kim Pan Gon Gunakan Corbin Ong Sebagai Suis Sistem ‘Overloading’
Kejayaan mencatat mencatat keputusan seri ketika perlawanan menentang Thailand (Ranking 111) dan Tajikistan (Ranking 109) dalam saingan King’s Cup di Chiang Mai baru-baru ini membuktikan Malaysia mampu bersaing menentang pasukan yang lebih kuat.
Justeru itu, Kim Pan-gon mahu memperbaiki kedudukan ranking Malaysia dengan mengatur lebih banyak perlawanan persahabatan menentang pasukan di ranking lebih tinggi.
Harimau Malaya pernah menghuni kedudukan 87 dunia pada tahun 1997 namun ianya merosot kepada 178 dunia pada tahun 2018 disebabkan oleh keputusan perlawanan antarabangsa yang mengecewakan.
“Kita mesti perbaiki kedudukan ranking FIFA. Saya fikir ranking dunia 148 ini tidak realistik. Saya cabar pemain untuk buktikan kemampuan mereka menentang lawan ranking lebih tinggi dan mereka berjaya melakukannya ketika menentang Thailand dan Tajikistan.
“Mereka menunjukkan peningkatan dalam dua perlawanan. Kami perlu atur lebih banyak perlawanan kompetitif menentang pasukan di ranking tinggi. Ini sasaran untuk beberapa tahun akan datang.
“Kita mesti mengejar pasukan lain dan meningkatkan ranking. Malaysia sepatutnya setanding dari segi ranking dengan pasukan seperti Thailand dan Tajikistan,” kata Pan Gon seperti dipetik dalam NST.
Kedudukan ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melibatkan Malaysia (kini 148 dunia) dijangka akan berubah pada bulan depan.
Selepas seri menentang Tajikistan, Malaysia memperolehi tambahan mata sebanyak 1.16 dan secara keseluruhan mengutip 4.73 mata selepas tamat kejohanan King’s Cup 2022.
Berdasarkan jumlah mata ini, Malaysia berpeluang naik 2 anak tangga ke 145 dunia pada bulan Oktober 2022. Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan perlawanan lain dari seluruh dunia.