Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu para pemain untuk mengekalkan rentak kemenangan di laman sendiri dan menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai kubu yang sukar ditembusi pasukan lawan.
Baca Juga:
- Suhaimi Husin Antara Terpilih Latihan Pusat Hadapi Pestabola Merdeka
- Kim Pan Gon Yakin Ranking Harimau Malaya Naik Lebih Tinggi Di Masa Depan
- Kim Pan Gon Panggil Aguero Dan Hong Wan Perkuat Harimau Malaya
Menurut Pan-gon, beliau yakin pasukan negara mampu untuk meneruskan rentak kemenangan beraksi di laman sendiri namun beliau melihat pemain mempunyai sifat kurang percaya diri.
Menjelang kejohanan Pesta Bola Merdeka 2023 yang bakal bermula pada 13 Oktober ini, pengendali dari Korea Selatan itu turut melaungkan keyakinan Malaysia mampu untuk berada dalam 100 pasukan terbaik dalam ranking FIFA.
Skuad Pestabola Merdeka 2023#PestaBolaMerdeka pic.twitter.com/k6DJIOwetT
— VOCKET FC (@vocketfc) October 2, 2023
“Kami akan beraksi di Pesta Bola Merdeka di laman sendiri. Sesiapa saja yang datang untuk beraksi di sini, kami mampu untuk menewaskan mereka. Ini merupakan kejohanan bersejarah. Semasa saya muda, saya sering mendengar mengenai kejohanan ini dan kami akan memberikan yang terbaik untuk bergelar juara,” katanya menurut laporan The Star.
Baru-baru ini, Kim Pan-gon telah memanggil seramai 25 pemain untuk menyertai latihan pusat skuad Malaysia bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2023.
Melihatkan kepada senarai terkini barisan pemain, tiada perubahan yang begitu ketara dapat disaksikan dimana barisan pemain seperti kebiasaan dipanggil.
Selain Suhaimi Husin yang merupakan muka baharu, dua lagi posisi penjaga gol diisi oleh Ahmad Syihan Hazmi Mohammed (Johor Darul Ta’zim) dan Azri Ghani (KL City).
Manakala Dion Cools akan mengepalai jentera pertahanan bersama-sama La’vere Corbin-Ong, Matthew Davies (JDT), Sharul Nazeem Zulpakar, Quentin Cheng (Selangor), Dominic Tan, Daniel Ting (Sabah), Azam Azmi Murad (Terengganu) dan Junior Eldstal (Dewa United).
Posisi tengah pula menyaksikan Endrick Dos Santos (JDT), Brendan Gan, Mukhairi Ajmal (Selangor), Stuart Wilkin (Sabah), Paulo Josue (KL City) dan Nooa Laine (SJK Seinajoki) menjadi pilihan pengendali kelahiran Korea Selatan itu.
Manakala, jentera serangan juga memperlihatkan muka biasa seperti trio JDT iaitu Arif Aiman Mohd Hanapi, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid bersama Faisal Abdul Halim (Selangor), Darren Lok (Sabah) serta dua pemain Sri Pahang, Sergio Aguero dan Nur Shamie Iszuan.
Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 menentang India pada Jumaat, 13 Oktober 2023 dan seterusnya akan berdepan sama ada Palestin atau Tajikistan pada aksi final atau penentuan tempat ketiga pada Selasa, 17 Oktober 2023.