Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menganggap Bangladesh adalah lawan kuat menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana Pan-gon turut menegaskan anak buahnya akan menghormati Bangladesh dan telah membuat persiapan rapi.
"🇧🇩 are a strong opponent for us. We must be well prepared in all elements, technical, tactical and mental. We will approach this game properly. We will not disrespect them at all." – #HarimauMalaya coach Kim Pan-gon pic.twitter.com/1zIQ45hGFY
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 13, 2022
“Bangladesh adalah lawan kuat bagi kami. Kami perlu bersedia dalam semua elemen seperti teknikal, taktikal dan mental. Kami akan beraksi dengan sebaiknya. Kami akan menghormati mereka.
“Selepas perlawanan menentang Bahrain, pemain sememangnya kecewa. Kami membuat kesilapan dan mereka mahu memperbaikinya. Bagi saya, itu adalah mentaliti kemenangan. Sebagai jurulatih, saya mahukan itu. Mereka memberikan 100 peratus bagi negara sendiri.
“Untuk padang, kami tak boleh mengawal cuaca. Hujan lebat memang ada tapi permukaan padang penting untuk perkembangan bola sepak. Kalau kami mahu bola sepak bermutu tinggi, kami perlu ada infrastruktur yang baik.
“Saya harap kita akan infrastruktur yang baik pada masa akan datang dan sesuai dengan tahap antarabangsa,” kata Kim Pan-gon.
Bangladesh tewas pada aksi bertemu Bahrain dengan keputusan 2-0 dan Turkmenistan dengan keputusan 2-1 sekaligua mereka tidak berpeluang untuk layak ke temasya tahun hadapan.
Bagi pasukan negara pula, mereka wajib untuk menang ke atas Bangladesh bagi menduduki tempat kedua terbaik setelah tewas kepada Bahrain pada aksi kedua kumpulan dengan keputusan 2-1 Sabtu lalu.
Pan-gon dijangka menurunkan barisan terkuat sama seperti ketiak berdepan Turkmenistan seperti ketika menewaskan pasukan itu dengan keputusan 3-1 pada perlawanan pembukaan kumpulan E.
Pemain seperti Darren Lok, Safawi Rasid, Arif Aiman dan Faisal Halim dijangka membarisi barisan serangan manakala Nor Azam Azih dan Syamer Kutty Abba akan mengendalikan bahagian tengah.
Di bahagian pertahanan, Matthew Davies, Dion Cools, Shahrul Saad dan La’Vere Corbin-Ong bakal diturunkan namun posisi penjaga gol menjadi tanda tanya selepas Farizal Marlias melakukan kesilapan yang menyebabkan pasukan negara tewas kepada Bahrain. Pan-gon dijangka memberi laluan kepada penjaga gol lain seprti Syihan Hazmi atau Khairulazhan Khalid untuk mengawal pintu gol negara.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:
Menteri Anggap Sorakan Penyokong Punca Pemain Harimau Malaya Hilang Fokus
Syafiq Ahmad Mahu Buktikan Kemampuan Jika Diberikan Peluang Beraksi
Wan Kamal Anggap Guilherme De Paula Terlalu Tua Untuk Skuad Kebangsaan