Bekas pemain skuad Harimau Malaya, Khalid Ali menerima ujian terbesar dalam hidup beliau apabila disahkan menghidap kanser paru-paru.
Baca Juga:
- Khalid Ali Bimbang De Paula Tak Tahu Fungsinya Sebagai Penyerang Utama
- Khalid Ali Harap Pemain Malaysia Tahan Dengan Latihan Keras Kim Pan-gon
- Khalid Ali: “Cara De Paula Main Memang Begitu Sebab Dia Penerima Bola”
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fateen Shazwani dimana lagenda itu menegaskan beliau akan cuba melawan penyakit yang dideritanya itu.
Lagenda bola sepak Malaysia, Khalid Ali mohon doa semua untuknya apabila disahkan menghidap kanser paru-paru.
Sama-sama kita doakan dan beri semangat buat beliau. Be strong, champ! 💪🏻@ASTROARENA pic.twitter.com/Vg8AfhkrbW
— Fateen (@fateenshazwani) April 2, 2023
Khalid kini sedang menunggu keputusan dari doktor mengenai tahap kanser paru-paru yang dihidapi sama ada sudah melepasi tahap kritikal atau sebaliknya.
Sebelum ini, bekas pemain yang pernah membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan selepas sukar bernafas.
Khalid Ali merupakan salah seorang lagenda pasukan negara yang sentiasa memberi komen serta kritikan terutamanya mengenai prestasi skuad kebangsaan.
Antara pemain yang sentiasa mendapatkan kritikan dan teguran dari Khalid ialah pemain naturalisasi negara iaitu Guilherme De Paula dimana pemain itu pernah dikritik ekoran prestasi kurang memberangsangkan di pihak kelab.
Khalid pernah mempertikai prestasi De Paula menjelang saingan peringkat kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung di laman sendiri tahun lalu.
“Beliau tidak tahu fungsinya sebagai penyerang utama, menerima hantaran dan melakukan jaringan… mungkin sebab itu permainan beliau kucar-kacir serta tidak bagus mengawal bola dan menembus benteng pertahanan.
“Beliau hanya bagus dalam melakukan jaringan dengan satu sentuhan sahaja… itu sahaja kemahiran dan badan dia yang besar dan tinggi,” katanya.