Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bakal melunaskan tunggakan gaji pemain yang kira-kira berjumlah RM1.26 pada hujung minggu ini.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan perkara itu dimana bayaran berkenaan adalah termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KFA
Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Ada penaja yang sudah bersedia untuk membayar gaji mereka. Saya ikhtiar cari macam mana pun. Gaji ini tak kira lah bulan berapa, tapi yang penting mereka dapat gaji sebelum beraksi menentang PDRM pada saingan CIMB Liga Super, Sabtu ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sebelum ini, KFA memberi jaminan tunggakan gaji pemain sejak bulan Mac lalu dapat diselesaikan sebelum saingan musim 2020 berakhir.

Tunggakan gaji bagi bulan Julai sudah diselesaikan namun badan itu masih lagi berhutang gaji bulan Mac, April, Mei dan Jun kepada pemain.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kedah di sini:

KFA Sedia Untuk Berunding Jika Ada Pihak Mahu Beli Pasukan Kedah

Sanusi Jamin Tiada Lagi Masalah Gaji Dalam Skuad Kedah Bermula Bulan Julai

Kedah Perlukan RM25 Juta Untuk Melengkapkan Musim 2020, Tunggakan Gaji 5 Bulan Akan Diselesaikan Selepas Berunding