Franck Kessie dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dengan Barcelona secara verbal untuk perpindahan percuma musim hadapan.
Fabrizio Romano turut melaporkan bahawa kontrak pemain itu sehingga 2026. Dan menerima gaji lebih tinggi ganda daripada apa yang beliau perolehi di AC Milan.
Here we go. After verbal agreement reached days ago, Franck Kessié has signed as new Barcelona player until June 2026 – it’s gonna be four year deal, he joins as free agent from AC Milan. 🔵🔴 #FCB
Kessié will receive €6.5m net salary plus add-ons. Medical already completed. pic.twitter.com/9kFCIPJXn5
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 22, 2022
Barcelona dikatakan sudah mengadakan perbincangan untuk pra kontrak di Lugano, Switzerland dengan ujian medikal sekali.
Bersama AC Milan, Kessi menerima €5 juta semusim. Dengan perkhabaran ini bermakna, Milan dan Kessie akhirnya berpisah selepas 5 musim.
Kessie merupakan salah seorang pemain yang ditandatangani AC Milan ketika revolusi pemilikan China di kelab itu pada 2017.
Kessie menyertai Milan dari Atalanta dengan polisi pinjmana 2 musim ditambah pembelian tetap.
Kessie sudah beraksi 214 penampilan untuk AC Milan. Mencetak 36 gol dan 16 assist.
Musim ini Kessie menjadi nadi penting Milan untuk cuba menjuarai Serie A pertama mereka sejak kali terakhir memenanginya pada 2011.
Barcelona meneruskan projek baharu di bawah Xavi Hernandes. Mereka terus memburu beberapa pemain lagi terutama sekali ejen bebas.
Barca yang baru menerima kontrak baharu menerusi penajaan seperti dari Sportify, melihat kelab mereka semakin pulih dan membaik daripada masalah kewangan. Ini ditambah dengan kehadiran semula penyokong yang membantu menggandakan pendapatan kelab menerusi pembelian tiket.