Itali melepaskan peluang terbaik mereka untuk mara ke Piala Dunia secara automatik pada hari terakhir kelayakan kumpulan.
Ini selepas juara Eropah itu diikat oleh Ireland Utara di Belfast, sementara itu Switzerland pula membelasah Bulgaria 4-0.
🇨🇭 qualify for the World Cup ahead of Italy 👏 pic.twitter.com/C3E5lVauTJ
— 433 (@433) November 15, 2021
Sebelum sepak mula, Azzurri berada di atas Swizterland, dengan perbezaan jaringan +11 berbanding Switzerland +9.
Skuad Roberto Mancini memerlukan kemenangan dan memastikan perbezaan jaringan mereka perlu lebih baik daripada pesaing mereka itu.
Itali tidak pernah menang di Belfast dengan catatan 2 seri dan satu kekalahan pada 1958, di mana ketika itu mereka gagal ke Piala Dunia.
Kecederaan terus menghantui Itali. Dengan Roberto Mancini terpaksa menggunakan Lorenzo Insigne sebagai false 9.
Bailey Peacock-Farrell berjaya menafikan percubaan Giaovanni Di Lorenzo dengan save menggunakan hujung jarinya.
Sementaran Chiesa dan Insigne turut cuba menewaskan penjaga gol itu dengan lencongan, namun lemah.
Gianluigi Donnarumma yang lebih tenang pada aksi kali ini, melakukan save pertamanya dengan menafikan percubaan Jamal Lewis.
Dengan Switzerland yang berterusan menambah gol sehingga 4-0, Itali perlu menang 2-0 untuk memastikan mereka mara. Namun ianya gagal dilakukan oleh Azzurri kali ini.
Malah, Itali hampir dimalukan pada masa kecederaan apabila Donnarumma ditewaskan oleh Conor Washington. Mujur Leonardo Bonucci sempat melakukan aksi clearance atas garisan.
Keputusan seri 0-0 memang jauh daripada yang Itali perlukan untuk mara. Dan mereka terpaksa melalui fasa play off.
Itali sebelum ini terlepas Piala Dunia 2018, pastinya enggan terlepas sekali lagi slot Qatar 2022.
Italy is going to the World Cup playoff 🤯
Switzerland has qualified! 🇨🇭 pic.twitter.com/tAAvQrojVV
— ESPN FC (@ESPNFC) November 15, 2021