Pasukan Kelantan menampilkan prestasi yang cukup memberangsangkan dalam perlawanan pra musim menjelang saingan Liga Malaysia musim 2020 yang akan membuka tirai pada 28 Februari ini.
Skuad bimbingan Yusri Che Lah ini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan pra musim setakat ini dimana mereka mencatat dua kemenangan dan tiga seri dalam lima aksi yang dihadapi. Catatan ini sekaligus mengejutkan ramai pihak memandangkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berdepan dengan masalah seperti isu tunggakan gaji.
FT: Kelantan 3-0 Perlis United
Jaringan Nik Akif, Felix Odili & Manzini di separuh masa pertama meneruskan rentak tanpa kalah dalam aksi #PreSeasonFriendlyMatch setakat ini.#Trw2020 #ThisIsKotaBharu pic.twitter.com/oGmd12kTjo
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) February 3, 2020
Bagi menghadapi musim baharu, pasukan Kelantan dilihat memiliki kekuatan yang seimbang di semua posisi dimana pemain muda seperti Nik Akif Syahiran dan Nik Azli Nik Alias menampilkan aksi cemerlang. Dua pemain ini akan menjadi kunci utama The Red Warriors dalam mencabar kejuaraan Liga Perdana.
Selain itu, kehadiran pemain berpengalaman seperti Farisham Ismail dai bahagian pertahanan serta Wan Zaharulnizam dan Nazrin Nawi menjadi “senjata” tambahan untuk Kelantan musim ini.
Juara dua kali Liga Super itu akan memulakan saingan Liga Perdana dengan menghadapi pasukan Kuala Lumpur di Stadium KLFA, Cheras pada 29 Februari ini.
Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:
Isu Hutang: Melaka Dan Kelantan Berjaya Lepas, PDRM Dipotong 3 Mata Liga Super Musim 2020
Kelantan Sah Tandatangani Bekas Pemain Import Pulau Pinang, Kang Seung-jo
Kelantan Terima Kelulusan Perlesenan Kelab FAM/AFC Secara Bersyarat, Sedia Mencabar Musim 2020