Juara saingan Liga Kemboja musim 2019, Preah Khan Reach Svay Rieng FC bakal mengadakan perlawanan pra musim di Malaysia sebagai persediaan untuk menghadapi saingan musim 2020.
Menerusi laman media sosial rasmi pasukan, Preah Khan akan menentang pasukan Selangor pada 8 Januari di Stadium Shah Alam diikuti dengan perlawanan menentang Felda United pada 11 Januari di Jengka.
Kelab yang berpangkalan di wilayah Svay Rieng itu akan menamatkan jelajah Malaysia dengan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Nasiruddin Shah pada 13 Januari.
We are heading off to Malaysia next week for our 2020 Pre-Season Tour, where we'll take on @FASelangorMy, @feldaunitedfc, and @FCTerengganu!!#pkrsvayriengfc #wegotogether #2020preseasonmalaysiatour pic.twitter.com/qyB8aTExJK
— Preah Khan Reach Svay Rieng FC (@pkrsvrofficial) January 2, 2020
Preah Khan turut diperkuatkan oleh pemain buangan PKNP FC, Prak Mony Udom serta pemain pertahanan skuad kebangsaan Kemboja, Soeuy Visal.
Kelab tersebut berjaya muncul juara saingan Liga Kemboja dimana mereka menamatkan saingan musim 2019 dengan mengutip 65 mata, tujuh mata hadapan pasukan yang menduduki tangga kedua, Visakha FC dan Nagaworld FC yang menduduki tangga ketiga.
Penyerang import Preah Khan Reach Svay Rieng FC, Befolo Mbarga turut memenangi anugerah Penjaring Terbanyak dimana beliau menjaringkan sebanyak 25 gol.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Kemboja di sini:
Saksikan Video Padu Bagaimana Honda Keisuke ‘Merasuk’ Semangat Pemain Kebangsaan Kemboja