Kelab-kelab Serie A dari Itali kembali mendominasi pentas Eropah. Suatu ketika dahulu Liga Itali dianggap terbaik di Eropah.

Menjadikan ia liga yang menarik perhatian ramai mega bintang seluruh dunia.

Malah pemain seperti Ronaldo Fenomeno pernah menyatakan bahawa, dia datang ke Serie A pada masa itu sebagai menepati ‘syarat tak bertulis’ bahawa pemain terhebat dunia harus bermain di liga terbaik di dunia iaitu Serie A.

Namun sejak beberapa musim kebelakangan ini, Liga Itali seringkali bergelut untuk mencapai bersaing dengan kelab lain di Eropah apatah lagi mahu mendominasi.

Adakah musim ini kelab kelab Itali akan menjadi juara UCL, UEL dan UECL?

Di mana pentas persaingan Eropah seringkali dikuasai kelab kelab La Liga ataupun EPL.

Namun musim ini berbeza. Dengan 2 pasukan mereka layak ke separuh akhir UCL iaitu AC Milan dan Inter Milan.

Sementara itu AS Roma dan Juventus pula layak ke separuh akhir Europa League.

Seterusnya Fiorentina layak ke separuh akhir UECL ataupun Liga Persidangan Eropah.

Peminat peminat dari Itali sudah mulai melaungkan bahawa Liga Itali adalah terbaik di Eropah pada masa ini.

Daripada 12 tempat tinggal dalam kesemua pertandingan Eropah musim ini. 5 daripada adalah milik Itali. Ianya hampir separuh daripada kuota keseluruhan.

Seterusnya hanya 2 pasukan dari Sepanyol dengan liga Inggeris, Belanda dan Belgium masing masing 1 kelab sahaja.