Penyerang muda negara, Luqman Hakim bakal beraksi bersama pasukan baharu dimana destinasi seterusnya bagi pemain muda itu bakal diketahui dalam jangka masa terdekat.
Baca Juga:
- Dua Kelab Eropah Berminat Dapatkan Khidmat Luqman Hakim
- Luqman Hakim Terus Kutip Minit Permainan Bersama KV Kortrijk
- Luqman Hakim Beraksi 85 Minit Bersama KV Kortrijk B-21
Perkara ini dikongsikan oleh Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad menerusi lamann media sosial Twitter miliknya dimana kelab baharu Luqman akan diumumkan dalam jangka masa minggu ini.
Regarding Luqman's future. https://t.co/rWZqCNHenW
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) January 15, 2023
Sebelum ini, Amin memberitahu ada sekurang-kurangnya dua kelab di Eropah yang berminat untuk mengambil khidmat Luqman dimana kedua-dua kelab berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain itu bersama Kortrijk.
“KVK amat berpuas hati dengan peningkatan di tunjukkan Luqman bersama skuad B-21, di mana dia kini dianggap tonggak utama serta beberapa kali berjaya tersenarai dalam skuad senior KVK.
“Disebabkan prestasi yang baik itu terutama dengan B-21, terdapat dua kelab di Eropah ketika ini yang mahukan khidmat Luqman untuk bermain dalam skuad utama kelab terbabit.
“Saya tak boleh dedahkan nama kelab itu lagi kerana perbincangan masih berlangsung, dan InsyaAllah jika semua berjalan lancar dia akan ke sana. Luqman juga bersedia dan mahu mengorak langkah,” katanya.
Menurut maklumat yang kami terima, kelab baharu Luqman Hakim bukan berasal dari Belgium dan ini bermakna graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu bakal beraksi dalam suasana serta saingan baharu.
⏱| 89'
Volgende applauswissel bij KVK
➡️ Luqman
⬅️ Selemani0⃣-3⃣ | #OHLKVK 🔴⚪️
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) December 20, 2022
Baru-baru ini, luqman terus mengutip minit permainan bersama skuad senior KV Kortrijk dimana beliau diturunkan dalam perlawanan Piala Belgium.
Kortrijk turun menentang OH Leuven pada aksi peringkat 16 pasukan terakhir Piala Belgium dan Luqman disenaraikan dalam skuad utama dimana beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan.
Setelah mendahului 3-0, pengurus KV Kortrijk, Bernd Storck memasukkan Luqman pada minit ke-89 bagi menggantikan Faïz Selemani di bahagian serangan. Pemain berusia 20 tahun itu beraksi selama empat minit sekaligus membantu pasukannya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1 dimana jaringan dicipta menerusi Massimo Bruno pada minit ke-55, Habib Keita pada minit ke-80 dan Felipe Avenatti pada masa tambahan manakala gol tunggal Leuven dijaringankan oleh Mario Gonzalez.