Lambakan pemain import telah menyebabkan pemain tempatan khususnya penyerang kurang mendapat minit bermain sekaligus gagal untuk menampilkan prestasi cemerlang bersama skuad kebangsaan.
Perkara ini disuarakan oleh ketua pasukan Negeri Sembilan, Zaquan Adha dimana pihak pengurusan lebih percaya terhadap kemampuan penyerang import berbanding tempatan sekaligus menjadi antara faktor utama dalam isu ini.
“Masalah buat pemain tempatan bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama sekaligus memberikan kesukaran bagi beraksi dengan cemerlang ketika beraksi dalam skuad kebangsaan.
“Jalan penyelesaian bagi pemain tempatan untuk meraih tempat dalam skuad,” katanya menurut laporan Stadium Astro.
⚽️ PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2021
9️⃣ gol dalam 7 penampilan untuk Bergson da Silva (Johor Darul Ta'zim) setakat ini! Diikuti Ifedayo Omosuyi, Kpah Sherman, dan Casagrande. 🔥#LigaSuper2021 pic.twitter.com/UCDXVuDFmy
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 19, 2021
Carta penjaring terbanyak saingan Liga Super dan Liga Perdana ketika ini dikuasai oleh pemain asing dimana lapan penjaring teratas diisi oleh pemain import manakala di Liga Perdana pula lima pemain import mengisi kedudukan lima penjaring teratas.
Zaquan merupakan salah satu penyerang tempatan yang mendapat peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Nasib berbeza dialami oleh dua lagi pemain seperti Shahrel Fikri (Selangor) dan Syafiq Ahmad (JDT) apabila mereka sering memanaskan bangku simpanan atau beraksi bersama skuad pembangunan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Syahmi Safari: Pemain Simpanan Bukan Sekadar Pelengkap Pasukan
Tan Cheng Hoe Mahu Panggil Muka Baharu Sertai Kem Latihan Pusat