Kehadiran dua pemain import baru, Davy Claude Angan dan Dominic Balic nyata memberi nafas lega buat ketua jurulatih pasukan Melaka United, Zainal Abidin Hassan.
Zainal nyata berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh Davy Angan dan Balic selepas menurunkan kedua-dua pemain dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan UKM FC pada Sabtu lalu.
Menurut Zainal, Angan dan Balic menampilkan kesungguhan tinggi sekaligus membentuk satu gandingan mantap bersama rakan sepasukan.
“Angan dan Balic mempamerkan kesungguhan tinggi ketika berdepan UKM FC.
“Ia membolehkan mereka membentuk persefahaman dengan rakan sepasukan termasuk pemain gantian selain menterjemah corak permainan direncana,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Claude Angan dan Dominic Balic dibawa masuk bagi menggantikan Darko Markovic yang berhijrah dengan menyertai pasukan Kuala Lumpur dan Casagrande yang menyertai pasukan Pulau Pinang.
Kehadiran dua pemain ini bakal membawa cabaran Melaka United sambil dibantu oleh tiga lagi pemain import iaitu Patrick Reichelt, Luka Milunovic dan Jang Suk Won.