Tiada rundingan antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Sanjar Shaakhmedov bagi membawa pemain itu ke utara tanah air untuk menghadapi baki saingan musim 2021.
Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Khamal Idris Ali dimana beliau menegaskan berita mengenai perpindahan Sanjar ke Kedah hanya khabar angin belaka.
“Benda tu (perpindahan Sanjar) tak sampai kepada pengetahuan saya pun, biasalah rumours macam-macam (melibatkan) Hafizul Hakim dan ramai lagi nak datang ke Kedah dan sebagainya, tetapi tiada sebarang rundingan pun,” katanya menurut laporan Sukanz.
Sanjar Shaakhmedov sebelum ini dilaporkan bakal kembali ke Terengganu namun perkara tersebut tidak menjadi kenyataan setelah skuad bimbingan Nafuzi Zain meminjam Lee Tuck dari Sri Pahang.
Khamal Idris turut menyatakan akan ada perubahan kecil yang dilakukan dari segi pemain tempatan bagi memperkuatkan pasukan khususnya untuk menghadapi saingan Piala AFC.
Lima pemain import pasukan iaitu K.Anumanthan (Singapura), Rabih Ataya (Lubnan), Renan Alves (Brazil), Tchetche Kipre (Ivory Coast) dan Kpah Sherman (Liberia) terus membarisi pasukan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Pemain Terengganu Bakal Divaksinkan Sebagai Persiapan Hadapi AFC Cup
UiTM Mahu Dapatkan Khidmat Bekas Ketua Pasukan Harimau Muda Secara Pinjaman