Perlawanan yang cukup dramatik! Itulah situasi yang dapat mengambarkan perlawanan pusingan pertama TM Piala Malaysia 2020 diantara Kedah menentang Pahang sebentar tadi yang menyaksikan skuad Tok Gajah hampir melakukan kejutan di minit akhir.
Dalam perlawanan ini, Kedah terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui tandukan Shakir Hamzah yang langsung tidak dikawal pada minit ke 17.
17' | GOL SHAKIR! @official_kfa kini mendahului @officialpahang menerusi jaringan Shakir Hamzah. #TMPialaMalaysia2020#KEDPHG#MFLLive pic.twitter.com/pABRIjQcgA
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
Jaringan tersebut membangkitkan semangat tuan rumah untuk terus mengandakan asakan memburu jaringan kedua. Pahang pula masih tercari- cari rentak dan setiap hantaran mereka mudah dipotong oleh pemain Kedah.
Selain itu, gandingan serangan Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos kelihatan tidak cukup berbahaya dan gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang.
20 minit kemudian, Kedah sekali lagi menambah derita Pahang apabila Kpah Sherman menanduk masuk hantaran cantik Kipre Tcherche dari sebelah kanan menjadikan kedudukan berubah kepada 2-0.
36' | GOL KPAH SHERMAN!@official_kfa menggandakan kedudukan menerusi jaringan Kpah Sherman. #TMPialaMalaysia2020#KEDPHG#MFLLive pic.twitter.com/18XFu7XyMk
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
Skuad kendalian Dollah Sallah cuba bangkit namun masih gagal mempamerkan corak permainan seperti yang diinginkan.
Satu minit sebelum tamat separuh masa pertama, Kedah berjaya menambah satu lagi gol menerusi rembatan kencang Kipre Tchetche yang gagal dikawal oleh pertahanan kanan Pahang, Kumahraan.
44' | GOL KIPRE!@official_kfa menambah jaringan ketiga menerusi Tchetche Kipre. #TMPialaMalaysia2020#KEDPHG#MFLLive pic.twitter.com/DUmlhBP79r
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
Keputusan 3-0 kekal sehingga separuh masa pertama. Namun begitu, skuad Tok Gajah mula mempamerkan kebangkitan pada separuh masa kedua.
Pada minit ke 49, Muslim Ahmad berjaya menanduk masuk menewaskan penjaga gol Kedah hasil sepakan percuma Azam Azih. Gol tersebut memberi sedikit harapan kepada Pahang untuk terus memburu jaringan penyamaan.
49' | GOL MUSLIM AHMAD! @official_kfa 3-1 @officialpahang #TMPialaMalaysia2020#KEDPHG#MFLLive pic.twitter.com/x7ajjTDAZj
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
Malah, Pahang juga berpeluang menambah gol kedua pada minit ke 79, namun Dickson Nwakaeme gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil tempatan, Nazmi Nasharuddin.
Situasi itu membuatkan para pemain dan jurulatih Pahang berasa kecewa tetapi ia belum mematahkan semangat mereka untuk terus memburu dua gol lagi.
Pada minit ke 87, usaha Pahang mula membuahkan hasil apabila pemain gantian, Faizal Rani berjaya menambah satu lagi gol sekaligus menjadikan kedudukan berubah kepada 2-3.
88' | GOL FAIZAL RANI!@officialpahang merapatkan kedudukan menerusi jaringan Faizal Rani. #TMPialaMalaysia2020#KEDPHG#MFLLive pic.twitter.com/DxideAfNr1
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
Bagaimanapun, mereka tidak sempat menjaringkan gol ketiga apabila pengadil meniup wisel penamat sekaligus mengesahkan tempat Kedah di suku akhir Piala Malaysia.