Satu kajian telah dibuat oleh Ofcon, tentang pemain Liga Perdana Inggeris yang paling teruk menerima serangan siber atau penderaan di media sosial.
Kajian itu dibuat bermula dari 13 Ogos 2021 sehingga 24 Januari 2022.
Berdasarkan hasil kajian itu, pengarah kumpulan Ofcom untuk penyiaran dan kandungan dalam talian Kevin Bakhurst menghantar amaran keras kepada syarikat media sosial agar bertindak lebih proaktif dalam isu ini.
Bakhurst berkata: “Hasil kajian ini menjelaskan sisi gelap kepada permainan yang indah ini. Penderaan dalam talian tidak mempunyai tempat dalam sukan, mahupun dalam masyarakat yang lebih luas, dan menanganinya memerlukan usaha berpasukan.”
“Firma media sosial tidak perlu menunggu undang-undang baharu untuk membuat laman web mereka dan aplikasi lebih selamat untuk pengguna,” kata Bakhurst.
“Apabila kami menjadi pengawal selia untuk keselamatan dalam talian, syarikat teknologi perlu benar-benar terbuka tentang langkah yang mereka ambil untuk melindungi pengguna. Kami menjangkakan mereka untuk mereka bentuk perkhidmatan mereka dengan mengambil kira faktor keselamatan.”
“Penyokong juga boleh memainkan peranan positif dalam melindungi permainan yang mereka gemari. Penyelidikan kami menunjukkan sebahagian besar peminat dalam talian berkelakuan secara bertanggungjawab dan, apabila musim baharu bermula, kami meminta mereka untuk melaporkan hantaran yang tidak boleh diterima dan mengandungi kata kata kesat.”
Twitter juga mengalu-alukan penyelidikan kajian itu kerana mereka ingin menjadikan platform mereka tempat yang lebih selamat. Laman media sosial itu menunjukkan beberapa ciri penyalahgunaan dalam talian yang telah dilaksanakan untuk menghalang hantaran hantaran yang bermotifkan serangan ke atas individu.
Jurucakap Twitter berkata: “Kami komited untuk memerangi penderaan dan, seperti yang digariskan dalam Dasar Tingkah Laku Kebencian oleh kami.”
“Kami tidak bertolak ansur dengan penderaan atau gangguan orang berdasarkan kaum, etnik, jantina, identiti jantina atau orientasi seksual,” kata beliau lagi.
Ronaldo paling teruk diserang
Ternyata bukan Harry Maguire berada di tangga teratas. Sebaliknya Cristiano Ronaldo. Ketika kajian itu dibuat, Ronaldo masih benar benar komited dengan Manchester United.
Di tempat kedua ialah Harry Maguire. Dia menjadi subjek kecaman sepanjang musim lalu. Terutama sekali kerana prestasinya bersama Manchester United.
Di tempat ketiga dan keempat pula, juga pemain Manchester United iaitu Marcus Rashford dan Bruno Fernandes.
Harry Kane menerima 1,924 cercaan di media sosial untuk berada di tangga kelima dalam senarai.
Berikut adalah carta yang merumuskan kajian itu.
A new report from Ofcom shows Cristiano Ronaldo and Harry Maguire as the most abused Premier League players on Twitter #mulive [bbc] pic.twitter.com/HKSedz9FSc
— utdreport (@utdreport) August 2, 2022
Daripada 10 senarai pemain paling banyak dikecam, dimaki dalam media sosial dalam tempoh tersebut, 8 daripadanya adalah pemain Manchester United.