Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan Dusan Vlahovic dari Juventus. pada jendela perpindahan kali ini.

Penyerang Juventus itu dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman pada musim ini. Beberapa minggu lalu turut dikaitkan dengan Real Madrid.

Mauricio Pochettino yakin bahawa Dusan Vlahovic akan menjadi tambahan yang sangat baik untuk pasukannya.

Menurut laporan Gazzetta Della Sport, Romelu Lukaku tidak memberikan sebarang isyarat dia berminat kembali ke Chelsea sebaik sahaja cutinya berakhir.

Pochettino yang awalnya terbuka untuk menerima Lukaku dalam projeknya, kini faham bahawa pemain antarabangsa Belgium itu benar benar terdesak mahu menyertai Inter Milan.

Chelsea enggan meminjamkan lagi Lukaku kepada mana mana kelab lain. Mereka mahukan perpindahan tetap sahaja.

Dengan beberapa nama lain seperti Paulo Dybala turut dikaitkan dengan Chelsea, kelab The Blues itu benar benar mencari penyerang baharu.

Mereka sebelum ini kehilangan penyerang yang boleh bermain di pelbagai posisi iaitu Kai Havertz ke Arsenal.

Chelsea memiliki nama seperti Nkunku yang dijangka akan menjadi pemain penyerang utama mereka musim ini.

Namun skuad itu masih mencari seorang lagi no.9. Dusan Vlahovic dianggap pemain ideal untuk Chelsea.

Vlahovic juga tersenarai dalam senarai pemain untuk dijual oleh Juventus. Ini kerana musim lalu, Max Allegri tidak banyak menggunakan pemain itu sebagai kesebelasan utamanya.

Chelsea diberitahu bahawa mereka boleh mendapatkan Vlahovic secara tetap dengan £21 juta sahaja. Di mana kelab itu membelinya beberapa tahun lalu dengan nilai hampir £70 juta.