Cristiano Ronaldo yang baru sahaja menyertai Juventus dengan kontrak 4 tahun bernilai €100 juta memberitahu kepada media bahawa beliau menyertai Juventus kerana tidak mahu berada dalam zon selesa selepas menjuarai 3 kali UEFA Champions League berturut-turut bersama Real Madrid dan mahukan cabaran baru dalam karier.
Perpindahan yang mengundang kontroversi kecil oleh pekerja kilang Fiat-Chrysler yang membantah wang besar dibelanjakan untuk seorang pemain bola sepak.
Namun begitu, menurut satu laporan oleh Daily Telegraph, jersi Juventus bernombor 7 dengan nama Ronaldo telah terjual dengan nilai keseluruhannya RM243 juta dalam masa 24 jam!
Jumlah ini boleh dikatakan hampir separuh dari jumlah gaji Cristiano Ronaldo di Juventus!
Forza Juve! #FinoAllaFine pic.twitter.com/bBZ5VWdEWX
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) July 16, 2018
Menurut satu lagi sumber, dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 520,000 helai jersi terjual secara online, dengan setiap helai jersi berharga €105 dan Juventus telah berjaya mengutip secara kasar €54 juta dalam 1 hari sahaja.
Sudah pasti jumlah itu bukan menjadi milik kelab Juventus sahaja, tetapi ia adalah isyarat jelas aura super-star yang dimiliki oleh Cristiano Ronaldo berjaya memberi impak kepada Juventus.