Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tanpa berselindung mengakui bahawa Brighton & Hove Albion lebih berhak untuk mendapat sesuatu yang lebih baik berbanding skuad kendaliannya pada perlawanan ketujuh Liga Perdana Inggeris (UCL) 2022/23, malam tadi.
Baca Juga:
- EPL: Liverpool Seri 3-3 Di Anfield, Trossard Cetak Hatrik
- Tugasan Bertambah, Adam Lallana Sertai Barisan Kejurulatihan Brighton
- Kaoru Mitoma Lengkapkan Perpindahan Ke Brighton & Hove Albion
Perlawanan di Anfield itu berkesudahan dengan Liverpool terikat 3-3 sekali gus menjadikan keputusan seri keempat yang dicatatkan The Reds pada musim ini.
Satu keadaan yang nyata tidak disenangi para penyokong Liverpool kerana mereka kini berada ditangga kesembilan dengan hanya 10 mata berjaya dikumpul.
Lebih pahit untuk ditelan, Liverpool yang kekurangan satu perlawanan berbanding Arsenal turut ketinggalan 11 mata dibelakang pendahulu liga itu.
“Permainan menentang Brighton mempunyai cerita yang berbeza,” ujar Klopp menurut sumber laporan Sky Sports.
“Ada cerita bagaimana kami melepaskan dua gol awal, ada cerita bagaimana kami kembali dalam permainan, kemudian ada cerita bagaimana kami membuang [peluang untuk menang].”
“Brighton adalah pasukan bola sepak yang sangat bagus dan pasukan sebenar. Terdapat formasi yang berbeza, kami sedikit terkejut? Ya, sedikit [dengan perubahan formasi lawan].”
“Tetapi kami sudah pun ketinggalan 2-0 apabila kami sudah mula menyesuaikan diri daripada keadaan itu.”
“Kami menjaringkan gol dimana ia merupakan serangan balas pantas. Kami boleh mencatatkan kemenangan tetapi adakah kami layak untuk menang? Saya sebenarnya tidak pasti dengan keadaan tersebut. Brighton yang berhak mendapatkan sesuatu [mencapai kemenangan].”
“Dengan semua perkara baik yang kami lakukan pada sepanjang minggu, keyakinan menjadi sedikit rendah dan apabila ada orang yang membuat kami begini, ia benar-benar sukar buat kami.”
“Kami perlu untuk menerimanya. Sudah tentu ia tidak mencukupi buat kami tetapi itulah yang kami dapat,” tambah Jurgen Klopp lagi.
Pada perlawanan tersebut, Liverpool ketinggalan menerusi dua jaringan awal Leandro Trossard. Tuan rumah kemudiannya bangkit untuk mendapatkan tiga jaringan menerusi Roberto Firmino (dua gol) dan gol sendiri Adam Webster.
Trossard akhirnya melengkapkan hatrik pada minit ke-83 untuk memastikan kedudukan terikat dan meletakkan Brighton ditangga keempat pada ketika ini.