Pemain pertahanan pasukan negara, Junior Eldstål bakal beraksi dalam saingan Liga Thailand musim ini dimana beliau sah menyertai PT Prachuap.
Baca Juga:
- TMJ Sahkan 3 Lagi Pemain Bakal Sertai JDT: “Nama Pun Tangan Ghaib”
- Junior Eldstål Teruja Kembali Beraksi Bersama Johor Darul Ta’zim
- Junior Eldstal Kembali Semula Ke JDT
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelan menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Junior menjadi salah satu rekrut baharu kelab itu bagi menghadapi baki saingan musim 2022/2023.
Ini bukan kali pertama Junior beraksi di saingan Liga Thailand dimana sebelum ini, beliau pernah menyarung jersi Chonburi selama satu setengah musim.
Ketika beraksi bersama Chonburi, Junior Eldstål menjaringkan gol pertama untuk kelab tersebut pada perlawanan menentang Port FC dimana beliau menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-48 dengan menanduk masuk bola hasil hantaran daripada Worachit Kanitsribampen.
Selain itu, bekas pemain Sarawak ini pernah diletakkan dalam kesebelasan mingguan terbaik selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam saingan liga.
Team of the week 🙏🏽🔥 @thaileague pic.twitter.com/RFj8FltMfN
— Junior Eldstål (@JuniorEldstal) November 4, 2021
Selain junior, tiga lagi pemain negara iaitu Dion Cools, Safawi Rasid dan Liridon Krasniqi bakal beraksi dalam saingan Liga Thailand pada tahun ini.
Baru-baru ini, Dion menyertai Buriram United setelah beraksi bersama kelab Republik Ceczh, FK Jablonec manakala Safawi Rasid akan beraksi bersama Ratchaburi.
Bagi Liridon pula, beliau sudah beraksi bersama Khon Kaen United secara pinjaman sejak awal musim 2022/2023.