Pemain kacukan negara, Junior Eldstal dikaitkan dengan sebuah pasukan yang beraksi di Thai League 1 bagi menghadapi saingan musim hadapan.
Menurut laporan wartawan The Star, T.Avineshwaran, kelab Thai League 1 yang dimaksudkan ialah Chonburi FC dan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu semakin hampir untuk berhijrah ke Thailand.
It is learnt that Junior Eldstal is closing in on a move to Chonburi. Looks like the Thai League could be his next destination, and he is serious about getting back to the national team. #MFLTransfer2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 7, 2020
Sebelum ini, kepulangan Junior Eldstal ke Malaysia setelah dua musim beraksi di liga bawahan England kerana dilaporkan beliau menerima tawaran dari pasukan Liga Malaysia bagi menghadapi saingan musim 2021.
Pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Junior, namun pemain berusia 29 tahun itu dilihat bakal mengikut jejak langkah Dominic Tan dan Mohamadou Sumareh.
Tambah Avinesh, Junior serius untuk kembali memperkuatkan pasukan kebangsaan, sekaligus mahu beraksi secara kompetitif bagi mendapatkan minit beraksi yang cukup sekaligus memikat hati pengendali pasukan negara, Tan Cheng Hoe.
Sebelum ini, Junior pernah membantu skuad B-23 tahun negara memenangi Pesta Bola Merdeka pada 2013.
Baca artikel lain mengenai Junior Eldstal dan perkembangan Liga Malaysia di sini:
Junior Eldstal Giat Jalani Latihan Sebelum Kembali Ke Liga Malaysia
RASMI: Shahrel Fikri Diumumkan Sebagai Pemain Baharu Selangor FC Musim 2021.