Beberapa laporan menyebut bahawa Jules Kounde dilaporkan sudah memberitahu Xavi bahawa mahu meninggalkan Barcelona selepas dia tidak gembira diletakkan di posisi bek kanan.
Baca Juga:
- Xavi Kecewa Kad Merah Vinicius Ditarik Balik
- Xavi Berang Barcelona Dikejutkan Almeria
- Prospek Masa Depan Barcelona Terpaksa Fokus Di Divisyen 3 Kerana Jules Kounde
Beberapa kelab sudah memantau perkembangan Kounde termasuk kelab dari Liga Perdana Inggeris.
Kounde sebelum ini menjadi rebutan antara Chelsea dan Barcelona. Dan pemain itu pada saat akhir telah memilih ke Barcelona.
Kounde mahu bermain di posisi utamanya di bek tengah. Kerana dia mahu bermain di dalam pasukan kebangsaan.
Namun Xavi lebih banyak menggunakannya sebagai bek kanan. Kounde hanya bermain 17 kali sebagai bek tengah daripada 38 penampilan setakat ini pada musim ini.
Xavi nafi Kounde mahu angkat kaki
Namun Xavi menjelaskan pada masa ini, Kounde masih gembira di Barcelona.
Sebaliknya pemain itu masih gembira di Barcelona. Dia sudah berjumpa dengan pemain itu bagi membincangkan tentang peranan pemain itu dalam pasukannya pada musim hadapan.
Xavi memberikan jaminan bahawa Kounde gembira untuk terus kekal di Barcelona.
“Saya sudah berjumpa dengan dia. Ada banyak cerita ditulis tentangnya. Namun apa yang pasti dia gembira selepas perbincangan itu, begitu juga saya,” tegas Xavi.
Kounde sebenarnya cuma mahu bermain di posisi bek tengah. Dia tidak mahu bermain di posisi bek kanan.
🚨🚨✅| Jules Koundé DOES NOT want to leave FC Barcelona! He just wants to play as a centre-back.@gbsans [🎖️] pic.twitter.com/eJJ1PTUFtH
— Managing Barça (@ManagingBarca) May 23, 2023
Namun Xavi tidak memberikan jaminan bahawa Jules Kounde akan menjadi pemain bek tengah pilihan utama pasukan. Dia harus berjuang untuk merebut tempat untuk menjadi pemain utama di posisi tersebut.