Nottingham Forest mengesahkan tiket ke Liga Perdana Inggeris musim 2022/23 selepas mengalahkan Huddersfield Town dalam play-off Divisyen Championship di Wembley.
Forest akan kembali ke kasta tertinggi bola sepak Inggeris selepas tersingkir pada 1998/99.
Ini bermakna, sudah 23 tahun mereka menanti untuk kembali semula ke kancah Liga Perdana Inggeris.
𝐖𝐄 𝐀𝐑𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐄𝐑 𝐋𝐄𝐀𝐆𝐔𝐄.
🌳🔴 #NFFC pic.twitter.com/CTLXZjGdZd
— Nottingham Forest (@NFFC) May 29, 2022
Nottingham Forest adalah kelab legenda di England. Diasaskan pada 1865. Forest telah bermain di halaman mereka di City Ground sejak 1898, dan bersaing di peringkat utama.
Sepanjang sejarah mereka, kelab legenda ini telah memenangi satu kejuaraan Liga Perdana, dua Piala FA, empat Piala Liga, satu Perisai Kebajikan, serta kejayaan dua Liga Juara Juara Eropah, selain satu Piala Super Eropah.
Tempoh paling berjaya dalam sejarah kelab adalah ketika di bawah Brian Clough dan Peter Taylor adalah pada akhir 1970-an dan awal 1980-an.
Brian Clough y Peter Taylor. Nottingham Forest. 1978. pic.twitter.com/DDqRmfyCvt
— Nostalgia Futbolera ® (@nostalgiafutbo1) May 29, 2022
Mereka menjuarai UCL untuk dua musim berturut turut pada 1979 dan 1980.
Malangnya, Nottingham telah tersingkir dari Liga Perdana pada 1993. Namun, mereka tidak lama kemudian kembali semula dan menduduki tempat ketiga dalam Liga Perdana 1994/1995.
Thank you for your truly incredible support this season. This is for all of you. 👏
We'll see you in the Premier League, Reds ❤️
🌳🔴 #NFFC pic.twitter.com/SgiaKsPRk6
— Nottingham Forest (@NFFC) May 29, 2022
Namun kelab itu mengalami penyingkiran sekali lagi pada tahun 1997 dan tersingkir sekali lagi pada tahun 1999. Sejak itu, mereka tidak pernah kembali. Malah, pernah beraksi di divisyen ketiga bola sepak Inggeris.
Tetapi kini segalanya sudah berubah. Kerana mereka berjaya juga mendaki sehingga ke liga utama di England.
Dengan kepulangan semula Nottigham Forest ke EPL bermakna musim hadapan, kesemua pasukan yang pernah menjuarai UCL dari England akan bermain dalam satu liga yang sama.
Nottingham Forest have the same amount of European Cup titles as Man City, Chelsea, Tottenham and Arsenal combined 😳🏆 pic.twitter.com/pNXztH6cMb
— ESPN FC (@ESPNFC) May 29, 2022
Selamat kembali ke EPL.