Presiden Barcelona sahkan sendiri bahawa Lionel Messi mahu kembali pulang ke pangkuan Barcelona yang ibarat rumahnya.

Baca Juga:

Messi sebelum ini terpaksa meninggalkan Barcelona ke PSG setelah Barca berdepan krisis kewangan yang teruk pada masa itu.

Pemergian Messi itu membuatkan Messi dan keluarganya tidak sebulu lagi dengan Laporta yang dianggap menipu.

Barcelona berusaha keluar dari kemuflisan

Impak krisis kewangan di Barca berlaku pada era Josep Maria Bartomeu sebagai presiden, dan masih lagi dirasai Barca sehingga sekarang.

Joan Laporta menjadi penyelamat Barca daripada muflis dan cuba sedaya upaya menggunakan segala sumber yang ada untuk memastikan kelab itu terus kekal kompetitif terutama sekali dalam menandatangani pemain.

Barcelona akhirnya mengesahkan kejuaraan La Liga ke-27 kelab itu selepas kemenangan ke atas RCD Espanyol baru baru ini.

Dan tidak lama selepas itu Joan Laporta memberitahu wartawan bahawa mereka sedia mendapatkan semula Lionel Messi.

Dengan pemenang Piala Dunia 2022, Lionel Messi turut berminat mahu pulang ke Barcelona – yang menjadi kelab no.1 di hatinya.

Laporta menegaskan bahawa hubungan dia dan Lionel Messi sudah jernih dan kembali baik baik sahaja.

Barca mahu bawa pulang Messi

Ada perbincangan di antara Barcelona dan Messi tentang usaha membawa pulang pemain itu ke Nou Camp.

Xavi sebelum ini menegaskan bahawa, ianya akan menjadi kisah sempurna melihat Messi kembali semula ke Barcelona.

Messi sah tidak akan menandatangani kontrak baharu di PSG. Lebih lebih lagi beberapa perkara menjadi faktor penolakan.

Ini termasuk hubungan tidak mesra antara Messi dan penyokong PSG.

Barcelona pula masih menunggu lampu hijau daripada La Liga untuk memberikan mereka kelonggaran khas dalam membawa pulang Lionel Messi.

Laporta sedar tentang tawaran luar biasa daripada Al Hilal kepada Lionel Messi. Namun dia menegaskan, mereka adalah Barcelona, dan sedia bersaing dengan sesiapa sahaja.

Laporta berkata kepada TV3 di Sepanyol secara eksklusif: “Saya sudah bercakap dengan Lionel Messi. Kami berdua sudah menjernihkan semula hubungan kami. Dan ianya sangat bagus.”

“Ada bidaan daripada Al Hilal [untuk Messi]? Barca adalah Barca. Kelab ini boleh bersaing dengan sesiapa sahaja. Di Arab Saudi mereka melakukannya baik sekali dan melabur.. namun saya nak jelaskan, Barca adalah rumah Messi.”

Kerana sebelum ini Barca diminta untuk mengurangkan lagi jumlah perbelanjaan mereka. Dan masih tidak dibenarkan mendaftarkan pemain baharu.

Mereka malah terpaksa mendaftarkan semula Gavi sebagai pemain belia.