Jersi bertema denim yang digunakan oleh pasukan Terengganu bagi menghadapi aksi pra musim sebelum saingan Liga Malaysia musim 2023 membuka tirai berjaya menarik perhatian media antarabangsa.

Pengeluar rasmi jersi kelab, Umbro tampil kelainan pada pra musim kali ini dimana mereka mengambil ilham daripada jersi yang digunakan oleh kelab Perancis, Marseille pada 2013 dengan menggunakan corak denim pada jersi tersebut.

[caption id="attachment_179954" align="alignnone" width="1050"]Terengganu Sumber Gambar: Terengganu FC[/caption]

Rekaan jersi kelab tersebut nyata mendapat perhatian media antarabangsa salah satunya ialah Footy Headline yang sentiasa membawa berita terkini mengenai jersi bola sepak dari seluruh dunia.

"Jersi baharu Terengganu sememangnya mempunyai warna denim dan kombinasi hitam dan putih untuk perincian logo, kolar, bahu dan lengan. Terdapat juga reka bentuk seperti poket yang menarik tepat pada logo Umbro di bahagian hadapan sebelah kanan. Untuk melengkapkan lagi kombinasi ini, kelab itu juga memakai seluar pendek hitam dan sarung kaki berwarna denim," katanya.

https://twitter.com/Footy_Headlines/status/1620820795592249345

Sebelum ini, kelab bimbingan Tomislav Steinbr├╝ckner menggunakan satu lagi jersi yang menjadi sebutan ramai dimana jersi tersebut mengambil inspirasi daripada jersi yang digunakan oleh AC Milan musim lalu yang turut dianggap sebagai jersi terburuk pada musim 2021/2022.

https://twitter.com/FCTerengganu/status/1620465108412682240

Pihak kelab mahupun Umbro sendiri belum mengumumkan sama ada jersi denim sudah boleh dibeli oleh peminat dan pihak kelab wajar untuk menjual jersi tersebut kerana ianya mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.