Jerman tersingkir awal ataupun balik awal sekali lagi daripada Piala Dunia. Ianya kali kedua berturut turut Jerman tersingkir daripada peringkat kumpulan.

Baca Juga:

Manuel Neuer kini menjadi penjaga gol dengan penampilan terbanyak di Piala Dunia.

Serge Gnabry meletakkan Jerman di hadapan pada minit ke-10. Kredit kepada usaha David Raum.

Jerman kemudian menguasai perlawanan dengan mencipta beberapa siri peluang lagi. Jamal Musiala menjadi nadi penting Jerman di bahagian tengah.

Menjadikan beliau sebagai bintang masa depan Jerman dalam kejohanan yang akan mendatang.

Keylor Navas melalui separuh masa pertama yang sangat sibuk. Costa Rica gagal untuk menyaingi Jerman dalam segenap aspek permainan.

Pada minit ke-37, Navas menafikan percubaan Kimmich dan bergegas untuk menghalang susulan daripada lawan.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak Jerman. Walaupun skuad Hansi Flick mungkin harus mendapat lebih banyak gol.

Pada separuh masa kedua, Jerman meneruskan rentak serangan mereka. Minit ke-48 mereka menerima berita bahawa Jepun menjaringkan gol penyamaan. Dan tidak lama kemudian Samurai Biru mendahului Sepanyol.

Keadaan itu memberikan tekanan kepada Jerman.

Pada minit ke-59, Jerman benar benar berada dalam masalah. Ini selepas mereka dibolosi oleh Costa Rica hasil jaringan Yeltsin Tejeda yang membuat tindakan susulan, sebaik sahaja percubaan Kendall Watson diselamatkan Manuel Neuer.

Minit ke-67, Flick mengeluarkan Muller dan Raum, memasukkan Kai Havertz dan juga Mario Gotze.

3 minit kemudian Costa Rica di hadapan menerusi jaringan sendiri Manuel Neuer. Pada kedudukan semasa, Costa Rica dan Jepun akan ke peringkat 16 akhir.

Jerman kemudian menjelmakan kebangkitan mereka. Kai Havertz menjaringkan 2 gol untuk menjadikan kedudukan 3-2 memihak Jerman sekali lagi.

Havertz benar benar cemerlang dalam perlawanan kali ini.

Fullkrug menjaringkan gol keempat Jerman pada minit akhir perlawanan untuk memastikan Jerman menang 4-2.

Namun ternyata kekalahan mengejut mereka di tangan Jepun sebelum ini menghantui mereka dan Jerman tersingkir daripada pusingan awal sekali lagi. Selepas menjadi juara dunia pada 2014.

Mereka di belakang Sepanyol kerana perbezaan jaringan. Ternyata kemenangan besar Sepanyol sebelum ini juga membantu skuad Luis Enrique mengelak daripada balik awal dalam edisi kali ini.