Pasukan Jepun satu-satu wakil Asia dalam pusingan kalah mati Piala Dunia Russia 2018, mungkin sudah terkeluar dari saingan bola sepak tertinggi didunia itu tetapi kesan yang ditinggalkan oleh Jepun tidak sekadar melalui aksi didalam padang.
Ramai sudah tahu mengenai bagaimana penyokong-penyokong Jepun yang membersihkan kawasan tempat duduk mereka sejurus selepas tamat perlawanan dalam perlawanan sebelum ini.
Just Japanese fans sticking around to clean up the stadium after enduring a heartbreaking loss to Belgium at the #WorldCup 💔💔💔 pic.twitter.com/20ViFazytJ
— triplejHack (@triplejHack) July 3, 2018
Perkara sebenarnya adalah biasa untuk mereka kerana sudah menjadi rutin kehidupan dinegara Jepun.
Namun semalam, sekeping gambar bilik persalinan yang dimuat naik oleh Priscillia Janssens, seorang Komisioner Perlawanan FIFA di Piala Dunia, benar-benar menunjukkan bahawa pemain dan pegawai mereka menghargai kemudahan yang disediakan untuk mereka walaupun diselubungi kekecewaan.
Dalam gambar diatas, pasukan Jepun bukan sahaja membersihkan bilik persalinan dengan ‘licin’ tetapi turut meninggalkan nota tulisan tangan Спасибо – Spasibo (Terima kasih).
Satu ‘gesture’ yang ringkas tetapi memberikan kesan cukup dalam kepada semua!
Reaksi Peminat Dilaman Sosial Cukup Mengagumkan
“Ini bukan sebahagian dari budaya dalam bola sepak, tetapi budaya dalam masyarakat Jepun”, kata Scott McIntyre kepada BBC. Beliau mengikuti pasukan Jepun dalam kempen Piala Dunia di Russia jelas tidak terkejut dengan apa yang berlaku.
After the heartbreaking loss (2:3) to #BEL , Japanese team cleaned their dressing room and their fans cleaned up the mess in the stadium
Respect to all #JPN What a good example for all teams!👍👍👍#WorldCup #japanvsbelgium #JPNBEL #BelgiumvsJapan Images from web pic.twitter.com/Kp9XSTp0OV
— YourFootballHub (@football_welove) July 3, 2018
“Anda selalu dengar orang bercakap mengenai bola sepak adalah refleksi kepada budaya. Aspek yang penting bagi masyarakat Jepun adalah memastikan semuanya bersih dan ini termasuk semua acara sukan tidak terhad kepada bola sepak sahaja.”
Tabiat Yang Dimulakan Sejak Kecil Lagi
Ramai pelancong yang datang menyaksikan perlawanan bola sepak di Jepun terkejut dengan apa yang mereka lihat dengan mata mereka sendiri, dimana ianya tidak pernah berlaku ditempat mereka.
Ia telah ditanam dengan padu dalam masyarakat Jepun sejak kecil lagi.
https://twitter.com/GB_iqbal7860/status/1013917440512790528
“Membersihkan kawasan tempat duduk selepas perlawanan bola sepak adalah satu ekstensi kepada asas sikap yang diajar disekolah, dimana murid-murid akan membersihkan kelas dan laluan.” jelas Prof. Scott – Osaka University.
“Dengan peringatan yang berterusan sepanjang zaman kanak-kanak, sikap seperti ini akan menjadi satu tabiat kepada majoriti populasi rakyat Jepun.”
Heartbreak for #JPN today as they were knocked out of the #WorldCup but the Japanese fans are still staying behind after the game and cleaning up their section of the stadium 🙌
RESPECT. pic.twitter.com/gkoyb3ZDLO
— Laureus (@LaureusSport) July 2, 2018
Ini adalah perkara yang cukup mengagumkan dimana Piala Dunia mampu untuk menarik ramai orang dari pelbagai negara bersama-sama untuk belajar dan bertukar-tukar perkara seperti ini.
“Ini adalah keindahan bola sepak!”