Jeonbuk Hyundai Motors meraih kejuaraan ke-8 K League setelah menewaskan Daegu FC dengan keputusan 2-0 pada perlawanan yang berlangsung semalam.
Hyundai hanya perlu mengelak kekalahan ketika bertemu Daegu, dimana mereka berada tiga mata dihadapan pasukan di tempat kedua, Ulsan Hyundai.
Pemain sayap, Cho Gue-sung menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-27 dan 40 bagi memberikan kemenangan kepada Jeonbuk sekaligus gelaran juara K League musim ini.
Mahkota K League ini merupakan kejuaraan keempat berturut-turut yang berjaya diraih oleh Jeonbuk, yang turut menyaksikan penyerang legenda pasukan, Lee Dong-gook bersara selepas 11 musim beraksi bersama kelab tersebut.
Dong-gook merupakan salah satu penyerang terbaik yang pernah dimiliki oleh Korea Selatan dimana buka sahaja pernah memenangi kejuaraan domestik dalam saingan K League, pemain berusia 41 tahun itu juga pernah memenangi saingan seperti AFC Champions League (ACL) dan beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Middlesbrough.
Jeonbuk Hyundai Motors dan Ulsan Hyundai secara automatik layak ke saingan ACL musim hadapan manakala Pohang Steelers akan mengharungi aksi play-off.
Busan IPark pula tersingkir ke saingan K League 2 musim hadapan dan tempat mereka akan digantikan dengan Jeju United.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
MFL Sahkan Saingan TM Piala Malaysia 2020 Diteruskan Tanpa Penyertaan Pasukan Sabah