Pemain berdarah Malaysia yang berpangkalan di England, Jaami Qureshi tersenarai dalam skuad B-18 tahun Brighton & Hove Albion bagi menghadapi saingan musim 2020/2021.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab dimana selain Jaami, ada empat lagi pemain dari skuad B-16 tahun yang diserapkan ke dalam skuad bimbingan Mark Beard bagi saingan musim hadapan. Empat pemain tersebut ialah Zak Sturge, John Lucero, Toby Collyer dan Marcus Ifill.

Selain itu, ada beberapa pemain yang menyertai kelab dari luar negara antaranya Casper Nilsson (Malmo FF), Cameron Peupion (Sydney FC), Zac Emmerson (Oldham Athletic), Ben Jackson (Watford), Samy Couchane (AC Boulogne-Billancourt) Andy Moran dan Leigh Kavanagh dari kelab Republik Ireland, Bray Wanderers.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab, Mark Beard para pemain baharu yang menyertai pasukan perlu bekerja keras bagi memperoleh tempat dalam kesebelasan utama.

Qureshi
Sumber Gambar: Stadium Astro

“Ada peluang yang baik ditambah dengan fasiliti untu mereka meningkatkan kualiti. Kehadiran pemain baharu ini merupakan satu perkara yang baik dan ia akan menguji mereka kerana akan berjauhan dengan keluarga.

“Untuk mereka yang sudah lama bersama pasukan, mereka juga perlu bekerja keras dan penting untuk bekerjasama bersama pemain dari pelbagai latar belakang. Jika mereka tidak memberikan 100 peratus, maka mereka akan ketinggalan jauh,” kata Beard.

Baca artikel lain mengenai Jaami Qureshi di sini:

FAM Mahu Uji Jaami Qureshi Sebelum Sertai Skuad B-19 Tahun Negara

Gandingan Luqman Hakim Dan Jaami Qureshi Barisi Jentera Serangan Skuad B-19 Tahun Negara

Brighton & Hove Albion FC Beri Pelepasan Untuk Jaami Qureshi Sertai Skuad AFC U19 Jika Dipilih Oleh FAM