Sepanjang hampir 2 bulan Liga Malaysia ditangguhkan, penyerang import Pahang, Ivan Carlos banyak menghabiskan masa lapang dengan bermain dengan permainan video FIFA20 melalui konsol ‘PlayStation’ di rumahnya.

Namun, beliau bukan bermain secara suka-suka sebaliknya menggunakan peluang itu untuk memahami taktikal bola sepak dan corak permainan mengikut formasi yang berbeza.

“Saya suka bermain konsol permainan video terutamanya PlayStation. Saya ada PlayStation 4 dan kerap bermain permainan bola sepak (FIFA20) melaluinya. Saya jadikannya sebagai hobi.

“Ia bukan sekadar permainan video, anda juga boleh memahami pelbagai taktikal dan corak permainan. Saya harap ia dapat membantu menjaringkan lebih banyak gol bersama skuad Pahang.

“Saya juga harap dapat bantu Pahang memenangi piala musim ini. Sebagai pemain, saya mahu dikenang sebagai pemain yang banyak membantu pasukan meraih pelbagai kejuaraan,” katanya dipetik dalam The Star. 

89926640_2928096183917723_8855020445955522560_o
FOTO: PAHANG FA

Sejak menyertai Pahang musim ini, Carlos telah menjaringkan 3 gol selepas mengharungi 4 perlawanan Liga Super sebelum ditangguhkan susulan penyebaran wabak pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, pemain yang berusia 31 tahun itu tetap menjalani latihan di rumah untuk meningkatkan tahap kecergasan mengikut program yang disediakan oleh jurulatih.

“Saya rasa prestasi saya sekarang agak baik tetapi kami perlu bekerja keras kerana saingan liga masih berada di peringkat awal.

“Kami menang 2 perlawanan sebelum ini tetapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan menjejaskan momentum pasukan.

“Para jurulatih sudah menghantar program latihan khas kepada kami untuk dilakukan di rumah. Saya juga buat latihan tambahan dengan pertolongan daripada kawan saya yang juga jurulatih kecergasan,” tambah Carlos.

Carlos yang pernah bermain dalam saingan Liga Indonesia bersama kelab Persela Lamongan dan Persija Jakarta pada tahun 2016 hingga 2018 sebenarnya sudah lama mengidam untuk beraksi dalam Liga Malaysia.

“Ketika bermain di Indonesia, saya selalu dengar banyak perkara menarik mengenai bola sepak Malaysia dan saya beritahu diri saya, bermain disini merupakan peluang yang bagus.

“Sudah bertahun-tahun saya menanti peluang itu dan ia datang dari Pahang. Saya gembira peluang ini menjadi kenyataan,” ujarnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Satiananthan Tidak Setuju Dengan Cadangan Pembatalan Liga Malaysia 2020

Amirul Azhan Tidak Keberatan Buat Servis Penghantaran, AN 23 Char Kuey Teow Terima Sambutan Tinggi


utm_source=thevocket&utm_medium=top10_homepage&utm_campaign=top10_posts

Khalid Jamlus Rungkai Misteri Pilih Jersi No.25, Steve Darby Jurulatih Paling Sempoi Dan Gaji RM7,000