Seorang pengadil perlawanan Thai League 1, Warintron Sassade telah digantung tugas oleh Thai League selama 2 bulan selepas melakukan keputusan kontroversi dalam perlawanan Chiangmai FC bertemu SCG Muangthong United.
Dalam perlawanan yang telah dilangsungkan pada 12 Julai 2019 jam 8 malam itu, pemain pertahanan Chiangmai FC telah menarik jersi penyerang SCG Muangthong United, Teerasil Dangda sehingga jatuh dalam kawasan penalti dan sepatutnya beliau meniupkan wisel serta memberikan sepakan penalti.
Namun, Warintron Sassade tidak menghentikan perlawanan sebaliknya meneruskan permainan tanpa mengambil kira kesalahan tersebut.
Jawatankuasa Thai League dengan penilaian oleh 4 panel telah melakukan siasatan keatas isu tersebut selepas menerima aduan rasmi dari pasukan SCG Muangthong United bertarikh 13 Julai 2019.
Hasil siasatan itu mendapati pengadil jelas telah melakukan kesalahan berdasarkan peraturan kategori 9, peraturan 57(8), perkara 12 yang ditetapkan dan telah menjatuhkan hukuman penggantungan tugas selama 2 bulan keatas Warintron Sassade mulai 31 Julai 2019 hingga 30 September 2019.
Pihak SCG Muangthong United juga turut menghantar bantahan rasmi mengenai pengadil yang telah menamatkan perlawanan 1 minit 45 saat lebih awal dari jam yang tertera kepada umum.
Namun pihak Thai League telah melakukan siasatan tehadap perkara itu dan mendapati ada masalah teknikal berkaitan dengan jam. Keputusan yang dibuat oleh pengadil berdasarkan jam ditangannya adalah tepat dan tiada hukuman dikenakan.
Perlawanan diantara Chiangmai FC bertemu SCG Muangthong United itu berakhir dengan keputusan seri 1-1.