Iran memindahkan pangkalan latihan Piala Dunia mereka ke Mexico selepas badan induk bola sepak dunia FIFA meluluskan permintaan untuk memindahkannya dari Tucson, Arizona, kata ketua persekutuan bola sepak Iran pada Sabtu.
Pasukan Iran akan berpangkalan di Tijuana di sempadan Mexico dan Amerika Syarikat, kata presiden persekutuan Mehdi Taj dalam satu video yang disiarkan oleh agensi berita Fars.
“Syukurlah, hasil mesyuarat yang kami adakan dengan pegawai FIFA… permintaan kami untuk menukar negara dari Amerika Syarikat ke Mexico, disebabkan masalah yang dihadapi dalam mendapatkan visa, telah diterima oleh FIFA,” kata Taj.
“Oleh itu, kami akan berpangkalan di Tijuana, berhampiran Lautan Pasifik.
“Ia adalah sebuah bandar yang terletak di antara Mexico dan AS (US), tetapi ia terletak di Mexico. Kami sebenarnya telah menyelesaikan pembinaan pasukan di sana.”
Taj berkata bahawa langkah itu akan membantu mengelakkan komplikasi berkaitan visa dan pasukan itu boleh menggunakan penerbangan Iran Air untuk melakukan perjalanan terus ke Mexico.
Piala Dunia 2026 dianjurkan bersama oleh Amerika Syarika, yang bersama-sama dengan Isr*el mula mengeb*m Iran pada 28 Februari, mencetuskan perang yang lebih meluas di Timur Tengah.