Inter Milan menentang AC Milan dengan jersi kosong tanpa nama penaja di hadapannya.

Baca Juga:

Ini kerana mereka masih belum menerima bayaran tajaan seperti dijanjikan.

Inter menewaskan seteru utama AC Milan 2-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama mereka pada hari Selasa ketika Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan mencatatkan jaringan.

Skuad kendalian Simone Inzaghi ternyata beraksi cemerlang dan berhak mendapat kelebihan agregat 2 gol menjelang perlawanan kedua Selasa.

Inter berpeluang menamatkan penantian kejuaraan UCL setelah kali terakhir melakukannya pada musim treble mereka 2010.

Selain daripada kemenangan yang cemerlang, peminat turut memberikan perhatian kepada jersi Inter Milan yang kosong.

Nerazzurri menggunakan jersi ikonik dengan jalur biru dan hitam yang terkenal, tanpa penaja.

Ianya gara gara penaja jersi mereka DigitalBits tidak membayar tajaan seperti dijanjikan.

Agak mengecewakan kerana kedua dua pihak baru sahaja menandatangani perjanjian bernilai £75 juta pada September 2021.

Isu bayaran tajaan itu sudah timbul sejak musim lalu lagi. Dengan DigitalBits berdepan masalah membayar tajaan mengikut jadual yang dipersetujui.

Rakan kelab Serie A AS Roma juga telah menggantung perjanjian mereka dengan syarikat blockchain, DigitalBits. Dan AS Romatelah mengeluarkan logo mereka dari baju mereka juga.

Inter bermain tanpa penaja baju buat kali pertama menentang Lazio bulan lepas.

Bagi peminat Inter, jersi kosong ini pastinya akan menjadi rebutan mereka untuk dijadikan koleksi. Kerana ianya dianggap jersi ‘bersih’ menggunakan warna kelab sepenuhnya.

Syarikat itu mengeluarkan kenyataan sehari sebelum perlawanan liga kelab itu, menjawab tentang penggantungan kerjasaman mereka mereka.

“Yayasan Digitalbits telah menjalankan proses proaktif untuk pentakrifan semula perkongsian yang akan melibatkan jenama Digitalbits pada masa hadapan.”

“Ianya dengan objektif kemampanan ekonomi dan penggunaan teknologi blockchain,” kata kenyataan syarikat itu.

“Asas Digitalbits mewakili komuniti dan ekosistem yang bertujuan untuk mempromosikan teknologi blockchain dan penggunaannya.”

Inter berkemungkinan tidak mempunyai penaja lagi apabila mereka melayan kunjungan Milan pada perlawanan kedua.

Dengan kelab itu dalam proses perundangan untuk menamatkan kerjasaman tersebut dan meminta pampasan  ganti rugi.

Inter berdepan masalah bebanan kewangan selepas covid-19. Dan mereka pastinya berharap akan dapat menjuarai UCL untuk menarik lebih ramai penaja daripada golongan ‘ikan besar’.