Sidang media pasukan Brazil di Stadium Al Arabi SC, Doha mengejutkan para wartawan apabila pegawai skuad Samba itu bertindak ‘melemparkan’ seekor kucing ke lantai.

Artikel Berkaitan:

Ketika insiden berkenaan berlaku, pemain sayap Brazil, Vinicius Junior sedang menjawab soalan diajukan wartawan sebelum seekor kucing melompat ke atas meja.

Vinicius hanya ketawa melihat gelagat si comel itu namun pegawai tersebut bertindak kasar mengangkat kucing lalu melemparkannya ke lantai dari meja sidang media.

Video rakaman insiden tersebut menjadi tular di media sosial sekaligus mengundang kecaman dan rasa marah dalam kalangan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Malah, ada di antara mereka berharap Brazil kalah dan tidak memenangi Piala Dunia tahun ini kerana tidak menghormati haiwan itu.

“Kenapa dia mengangkat kucing dengan cara itu… saya harap Brazil tidak menang Piala Dunia sekarang,” kata Netizen.

Ketika sidang media, Vinicius bercakap tentang aksi penting Brazil menentang Croatia di suku akhir Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung pada malam esok.

Brazil membelasah Korea Selatan 4-1 pada kelompok 16 terakhir Piala Dunia kelmarin menerusi persembahan bola sepak menakjubkan.

Sambutan tarian Brazil ketika jaringan berterusan dilakukan mencetuskan kritikan daripada pemerhati seperti bekas pemain tengah Manchester United, Roy Keane, yang merasakan ia ‘tidak menghormati’ seterusnya mencetuskan viral dalam perbincangan dalam talian.

“Pasti, ada yang suka merungut apabila melihat orang lain gembira dan kami orang Brazil sentiasa gembira, jadi ia akan sentiasa begitu,” kata Vinicius

“Gol adalah paling penting dalam bola sepak, pada Piala Dunia ia lebih penting, jadi saat gembira itu bukan hanya buat kami pemain, tapi untuk seluruh negara.